Responsive Ad Slot

Cerita kartun tentang SD

SD TARIK SOKONGAN KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL.

Macam Cerita Kartun.

Mula-mula Zahid Hamidi hantar SD 8 orang Ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan terhadap Kerajaan PN kepada YDP Agong melalui Speaker Dewan Rakyat.

Ingatkan Zahid dapat mengadap YDP Agong.

Rupanya hantar kepada Speaker.

Kedua, minggu lalu PM TSMY mengadap YDP Agong sebelum Mesyuarat Kabinet mingguan.

YDP Agong tunjuk SD 8 orang. PM TSMY juga bawa SD yang menyokong beliau.

Di khabarkan, ada terdapat 4 orang Ahli Parlimen UMNO tanda-tangan kedua-dua SD.

SD dari Zahid pun sign. SD pada PM TSMY pun sign.

Kemungkinanlahkan, YDP Agong merasakan, kumpulan-kumpulan parti-parti politik dan ahli-ahli Parlimen sebaik-baiknya selesaikan perkara mengenai SD ini di Parlimen pada awal bulan September depan.

Pening YDP Agong tengok. 
Bercelaru.
Sini sokong,
Sana pun sokong.

Hari ini, Zahid Hamidi tulis lagi surat kepada YDP Agong katanya ada 14 Ahli Parlimen UMNO pulak yang tarik sokongan terhadap Kerajaan PN.

Bermakna 14 - 8 = tambahan 6 lagi Ahli Parlimen.

Agak menghairankan, sungguh tidak kemas dan teratur susunan pentadbiran Parti UMNO ini.

Hantar SD kepada Baginda YDP Agong, secara runcit-runcit.

Hari itu 8 SD. Hari ini tambah lagi 6 SD.

Baginda YDP Agong adalah seorang Raja Pemerintah Negara ini.

Tak kanlah Baginda Tuanku tiada kerja lain selain daripada menunggu SD-SD dari parti UMNO.

Sungguh memalukan. No Class. 

Sebaik-sebaiknya hantar sekali sahaja. Nyatakan berapa Ahli Parlimen sebenarnya yang menarik diri.

Apa pun, YDP Agong sudah bertitah dan bersetuju, Selesaikan KEMELUT PEREBUTAN KUASA INI DI PARLIMEN, pada bulan September ketika Persidangan Parlimen.

In the mean time, bawa bertenang sebulan ini. Turunkan suhu politik. Teruskan vaksin. Selamatkan nyawa rakyat.

SALAM.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo