NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli Parlimen perlu akur perkenan Agong

Mohd Zai Mustafa, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) berharap semua ahli Parlimen akur dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus memimpin negara.

Tindakan itu bagi memberi tumpuan kepada usaha berterusan memutuskan rantaian wabak Covid-19 dan menjayakan pelan imunisasi kebangsaan sehingga September nanti.

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, pihaknya menjunjung setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Agong di atas perkenan dan kepercayaan baginda.

“Walaupun telah berlaku manipulasi persepsi yang cuba menggugat kestabilan kerajaan dengan dakwaan kehilangan majoriti Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri oleh Ahli Parlimen tertentu di Parlimen mahu pun di luar Parlimen, tetapi ia tidak cukup meyakinkan baginda untuk hilang kepercayaan dan perkenan untuk mengekalkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan memimpin kerajaan,” katanya.

Menurut Mohd Zai, kestabilan kerajaan sangat penting untuk mengekang dan menangani pandemik Covid-19 dan menjayakan Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Selain itu, ia juga penting untuk melaksanakan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen baru-baru ini.

“Justeru itu, kestabilan politik dan pentadbiran negara sangat penting dikekalkan dan baginda telah bertindak secara bijaksana dengan mendamaikan keadaan dan seterusnya menyakinkan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Khamis.

Tambah beliau, UMMAH juga yakin, sekiranya keadaan negara sudah stabil pada September nanti, usul keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri boleh diuji di Parlimen sebagaimana yang disebut Muhyiddin dalam kenyataan khasnya setelah mendapat perkenan Agong. 




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo