NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli Parlimen pembangkang berarak ke Parlimen

 Ahli-ahli Parlimen pembangkang, yang diketuai Dr Mahathir Mohamad (memakai kot) dan Anwar Ibrahim (di sebelah kanannya), sebelum berarak dari Dataran Merdeka ke Parlimen.
Ahli Parlimen pembangkang yang berkumpul di Dataran Merdeka memulakan perarakan mereka ke Parlimen dalam protes meminta peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan anggota Jemaah Menterinya.

Teriakan “Reformasi”, “Hidup Rakyat” dan “Daulat Tuanku”bergema dalam perarakan yang turut disertai bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dan Presiden Amanah Mat Sabu, itu.

Anggota-anggota polis dilihat hadir untuk mengawal situasi, dan Ahli-Ahli Parlimen beberapa kali perlu berunding dengan mereka supaya perarakan dapat mara.
Anggota FRU dengan perisai rusuhan berdiri di pintu masuk pekarangan Parlimen
Anggota FRU dengan perisai rusuhan berdiri di pintu masuk pekarangan Parlimen.
Bagaimanapun, pegawai Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang membawa perisai rusuhan menghalang jalan masuk ke Jalan Parlimen dari Dataran Merdeka.

Disebabkan perarakan itu tidak dapat mara ke Parlimen, para peserta bersurai dan kebanyakannya kembali ke Dataran Merdeka.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo