NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Agong kirim sejambak bunga kepada Takiyuddin di hospital


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan hari ini menerima kejutan dari istana berbentuk hadiah sempena mendoakan kesembuhan kesihatan dari Yang di-Pertuan Agong.

Difahamkan, pihak Istana Negara telah mengirim sejambak bunga kepada Takiyuddin, yang kini beransur pulih setelah menjalani pembedahan jantung minggu ini di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Kiriman bunga dari istana itu tampil selepas suhu politik menjadi panas di Dewan Rakyat berikutan teguran Istana Negara berhubung pembatalan ordinan darurat yang diumumkan Takiyuddin pada minggu lepas.

Kenyataan istana antara lain mengkritik Takiyuddin kerana mendahulukan pengumuman berkenaan pembatalan semua ordinan darurat sebelum mendapat perkenan Agong.

Disebabkan itu, pihak pembangkang menggesa beliau meletakkan jawatan dan menuduh pemimpin PAS itu menderhaka terhadap Agong.

Dewan Rakyat kini ditangguhkan selepas lepas 60 kes Covid-19 dikesan di Parlimen.

Semalam, sejumlah ahli Parlimen pembangkang diketuai Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim berarak dari Dataran Merdeka ke bangunan Parlimen dan menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga untuk meletak jawatan kerana didakwa menderhaka terhadap Agong.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo