NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tindakan luarjangka kerajaan membuatkan pembangkang melopong

Sidang parlimen hari ini dimulakan dengan penerangan PM tentang Pelan Pemulihan Negara. Perjalanan agak terganggu apabila  segelintir ahli-ahli Parlimen pembangkang membantah keputusan dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Mereka mempertikaian keputusan Azhar yang menolak permohonan blok pembangkang agar mereka diberi ruang kepada ahli-ahli Parlimen untuk mengemukakan usul dan mengundi terhadap Proklamasi Darurat.

Tujuan mereka menimbulkan kekecohan dengan isu penamatan darurat adalah untuk menarik perhatian, namun usaha itu terhenti apabila Menteri berkaitan membuat pengumuman sebaliknya.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), YB Datuk Seri Takiyuddin Hasan, Kerajaan telah memutuskan untuk tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat sebaik sahaja tamat pada 1 Ogos ini.

YB Datuk Seri Takiyuddin Haji Hassan juga mengesahkan perkara-perkara berikut :-

1) YDPA telah perkenan untuk Kerajaan memanggil Mesyuarat Khas Penggal ke-3, Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat yang bersidang 26 Julai 2021 hingga 2 Ogos 2021;

2) Kerajaan putuskan berdasarkan Perkara 150(3) untuk batalkan SEMUA 6 Ordinan Darurat yang dibuat semasa Ordinan Darurat ini berkuatkuasa 21 Julai 2021.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10226020608965695&id=1350235146

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo