Responsive Ad Slot

Sidang Parlimen gagal menjadi medan bincang kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan saranan titah YDPA.



Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mengikuti sidang Parlimen Khas semalam dan hari ini dengan penuh harapan.

Malangnya perbahasan Ahli Parlimen gagal menjadi medan membincangkan soal kebajikan dan kesejahteraan rakyat sebagaimana yang diharap.

Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri juga gagal dibahaskan dengan baik dengan cadangan yang bernas, berkesan dan menyeluruh. Sedangkan dahulunya, sebahagian daripada Ahli Parlimen tertentu telah bersungguh-sungguh mendesak kerajaan untuk mengadakan sidang Parlimen bagi tujuan membahaskan soal kepentingan dan kebajikan rakayat.

Malangnya, apa yang diperlihatkan kepada rakyat adalah sebaliknya, mereka gelojoh membahaskan soal perebutan kuasa. Akhlak yang dipertontonkan amat memalukan rakyat, sehingga tiada hormat, sopan santun dan sangat memualkan serta ada yang tidak beradab sehingga tidak menghormati bacaan Al Fatihah yang dianjurkan oleh Perdana Menteri bagi dihadiahkan kepada mangsa yang meninggal akibat Covid.

Mereka berbahas hanya soal kepentingan kuasa sahaja, soal kepentingan rakyat diketepikan. Tiada cadangan dan inisiatif baru yang dikemukakan kepada Parlimen untuk dibahaskan sepertimana yang dijanjikan kepada rakyat. Banyak masa dibazirkan kepada soal menegakkan hak masing-masing yang tidak berkaitan soal kebajikan rakyat.

Apakah sebenarnya motif yang selama ini Parlimen perlu bersidang? sedangkan apa yang berlaku semalam memperlihatkan kerakusan Ahli Parlimmen tertentu bertindak diluar batasan hanya untuk kepentingan diri dan kelompok tertentu sahaja.

Sesungguhnya rakyat sangat kecewa!!

Dimanakah titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung sarankan dan harapkan daripada sidang Parlimen ini?

Diantaranya, supaya membincangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat, Pelan Imunisasi Rakyat, Pelan Pemulihan Negara, menangani ekonomi yang semakin merosot, mewujudkan kestabilan politik dan pentadbiran kerajaan yang baik serta menurunkan suhu politik yang tinggi.

Tetapi apa yang berlaku di Parlimen semalam amat menyedihkan, kesungguhan pihak kerajaan mengutamakan tanggungjawab untuk kebajikan dan keperihatinan rakyat tidak mendapat respon positif dan dokongan tanggungjawab bersama daripada sebahagian Ahli Parlimen. Mereka kelihatan lebih gelojoh membincangkan soal kuasa.Telah terzahir apakah motif sebenar mereka mahukan Parlimen bersidang. Mereka hanya mahu menukar kerajaan dan mahukan kuasa. Hal rakyat dijadikan alasan untuk bersidang.

Sudah sampai masanya rakyat membuat perubahan, rakyat memerlukan Ahli Palimen yang prihatin dan berjiwa rakyat, bertanggungjawab, matang dan bersopan santun serta berakhlak mulia. Parlimen bukan 'sarkas ahli politik' yang memualkan rakyat.

UMMAH menyeru kepada semua Ahli Parlimen agar menjadi contoh yang baik kepada rakyat, hormatilah mandat rakyat, laksanakanlah tanggunjawab anda di Parlimen bagi membela rakyat dengan sebaiknya, kerana imbuhan yang anda terima dibayar oleh rakyat untuk berkhidmat kepada mereka.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

27 Julai 2021


#TolakPH

#TolakDAP 

#DAPbiadap 

#TolakAnwar 

#tolakmahadir 

#tolakjajaranbaru 

#kebajikanrakyat

#SelamatkanNegaraku 

#SelamatkanMalaysia 

#MenangBersama 

#MalaysiaPrihatin

#MalaysiaBebasCovid19  

#tolakklustermahkamah


https://m.facebook.com/136651590332711/posts/792870694710794/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo