NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peserta demonstrasi berkumpul di LRT Masjid Jamek

Kuala Lumpur: Sekumpulan individu yang memakai baju hitam dilihat berkumpul berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek, di sini, sejak jam 10 pagi tadi dipercayai bagi menyertai perhimpunan 'Keluar dan #Lawan.

Tinjauan wartawan mendapati, kumpulan itu dilihat membawa bendera hitam dengan sebahagian besar daripada mereka memakai topi keselamatan berwarna putih dan merah.

Pihak polis turut dilihat membuat kawalan keselamatan di sekitar kawasan berkenaan selain menutup beberapa laluan menuju ke Dataran Merdeka, sejak pagi tadi.

Semalam, Harian Metro melaporkan satu poster mengajak orang ramai turun ke jalanan bagi menunjukkan soladiriti rakyat terhadap rakyat tular di media sosial.

Perhimpunan 'Keluar dan #Lawan itu dijadual diadakan di Dataran Merdeka jam 11 pagi.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/736917/peserta-demonstrasi-berkumpul-di-lrt-masjid-jamek

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo