NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengarah Komunikasi Amanah Selangor Pernah Gesa Pusat Contohi Selangor Tangani Covid-19

Wan Anwar Wan Ibrahim, Pengarah Komunikasi Amanag Selangor (KOMSEL)
SHAH ALAM - Kerajaan Persekutuan digesa mencontohi pendekatan kerajaan Selangor dalam menangani pandemik Covid-19 yang dilihat lebih jelas dan terarah tanpa mengetepikan kepentingan pembangunan semula ekonomi selain memelihara kebajikan rakyat.

Pengarah Komunikasi Amanah Negeri Selangor (KOMSEL), Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, kerajaan Persekutuan seharusnya bersikap terbuka dan telus dalam berkongsi data serta maklumat yang diperlukan dengan kerajaan negeri.

"Kerjasama di peringkat kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri ini penting bagi mewujudkan sinergi bersama dalam memerangi Covid-19 secara keseluruhan," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

Wan Anwar berkata, terdapat tiga perkara besar dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam memerangi wabak berkenaan.

"Pendekatan proaktif dilakukan kerajaan Selangor itu termasuklah menjalankan program saringan Covid-19 secara percuma di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mencapai sasaran saringan berkelompok dan pengesanan awal bagi tindakan susulan segera," jelasnya.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga mengenal pasti sasaran yang jelas mengikut keutamaan bagi melaksanakan program vaksinasi yang terdiri daripada kumpulan barisan hadapan, berisiko tinggi, warga emas, buruh, golongan terpinggir dan seluruh rakyat di Selangor.

"Malah, kerajaan Selangor juga sudah menempah sebanyak 2.5 juta vaksin bagi tujuan program vaksinasi tersebut," ujarnya.

Justeru, Wan Anwar berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan kerajaan Selangor bahawa tiada keperluan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di negeri ini.

Beliau memberitahu, sekiranya PKP penuh dilaksanakan di seluruh Selangor dibimbangi akan menjejaskan ekonomi negeri yang menyumbang sebanyak 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara selain kesihatan mental rakyat termasuk peniaga kecil.

"Jika PKP tersebut adalah suatu yang tidak dapat dielakkan, maka tindakan tersebut hendaklah dilakukan dengan lebih bersasar dan berkesan tetapi hanya selepas saringan berkelompok dijalankan," tegasnya.

Sumber : SH

1Media - Setelah hampir 2 bulan saranan dibuat, peningkatan kes Covid di Selangor semakin diluar kawalan. Akhirnya akur dengan PKP penuh...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo