NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pembangkang bawa usul rujuk Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

Kuala Lumpur: Sidang Khas Dewan Rakyat yang masuk hari ketiga hari ini bermula dengan Ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Gobind Singh Deo (DAP- Puchong) mengemukakan usul berkenaan hari ini susulan pemakluman berkenaan darurat dan ordinan yang disifatkan mengelirukan dewan.

Katanya, ia mengikut mengikut peraturan mesyuarat 36(12) dan perkara sama turut dibangkitkan Hanipa Maidin (Amanah- Sepang).

Gobind turut meminta satu keputusan dibuat segera bagi menentukan perjalanan sidang yang berlangsung selama lima hari sehingga 2 Ogos ini.

"Saya sendiri yang failkan tadi dan saya sendiri yang jumpa tuan speaker pada masa itu. Saya minta petua bagaimana keputusan boleh dibuat dan adakah kita dibenarkan untuk bahas usul ini. Jika tidak saya akan terus berhujah kerana usulnya sudah ada," katanya.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, perkara itu akan dirujuk kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bagi mendapat kepastian.

"Saya perlu merujuk kepada speaker, selepas satu jam dia akan ada," katanya.

Selain Gobind dan Hanipa, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil turut meminta Takiyuddin dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana kenyataan yang mengelirukan selepas memaklumkan pembatalan darurat dan ordinan di Dewan Rakyat sebelum ini.

- HMetro

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo