NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muslimat Sabah kesal kenyatan diputarbelitkan


JANGAN MEMUTARBELIT KENYATAAN MUSLIMAT PAS

Saya terpanggil untuk menegur sebuah portal Pan iaitu Negara Merdeka berkenaan dengan kenyataan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Najihatussalehah Ahmad.

Dalam kenyataan tersebut beliau jelas-jelas menempelak pihak yang gila politiking kerana lebih memikirkan kepentingan politik masing-masing berbanding fokus pemulihan Covid19 di negara ini.

Kenyataan Dr Najihah selanjutnya pula menyeru rakyat bekerjasama dengan kerajaan untuk membendung Covid19 dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Portal Pan sengaja memutarbelitkan mesej yang ingin disampaikan Dr Najihah dan sengaja menutup pencapaian baik yang telah diusahakan kerajaan.
Usahlah Pan menjadi sumber berita-berita palsu dan memutarbelit kenyataan yang memberikan susasana penik kepada rakyat Malaysia. Fokus fasa pemulihan bukan mengambil kesempatan dalam kesempitan.

Fadilah Nordin,
Ketua Penerangan,
Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah

https://m.facebook.com/story.php?


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo