NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Labuan sudah capai imuniti kelompok bendung penularan COVID-19 Bernam

LABUAN: Labuan hari ini selesai memvaksinasi penuh 80 peratus populasi dewasa, menjadikan pulau bebas cukai itu sebagai Wilayah Persekutuan pertama di Malaysia mencapai imuniti kelompok bagi membendung penularan COVID-19.
Wilayah Persekutuan itu telah memberi suntikan vaksin kepada 54,800 daripada 68,500 penduduk dewasa yang disenaraikan sebagai layak untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Labuan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Labuan menyifatkan program itu sebagai tugas yang sukar tetapi mengakui kerjasama berpasukan hebat telah membuahkan kejayaan.
- Astroawani

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo