Responsive Ad Slot

Kes di Terengganu naik punca daripada rentas negeri dan daerah

Tol Gombak sesak, sebahagian besar pengguna cukup syarat rentas negeri

Kuala Terengganu: Kedegilan masyarakat melakukan rentas negeri dan daerah dikenal pasti punca kes jangkitan Covid-19 terus meningkat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan negeri Dr Alias Razak berkata. pihaknya kecewa apabila penduduk yang bergejala masih pergi ke beberapa lokasi termasuk menghadiri majlis sosial sebelum disahkan positif Covid-19.

Katanya, ia kemudian menjangkiti orang lain termasuk saudara mara sebelum mereka turut disahkan positif wabak itu.

"Majoriti peningkatan positif Covid-19 di negeri ini berpunca daripada aktiviti rentas negeri dan daerah.

"Kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan terdapat varian baharu yang boleh berjangkit melalui udara," katanya melalui pesanan WhatsApp, hari ini.

Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal berkata, kerajaan sedang menunggu pengesahan kemungkinan sama ada ia membabitkan varian Delta.

"Seluruh rakyat di negeri ini diminta sentiasa mengutamakan pematuhan prosedur operasi stadard (SOP) ditetapkan kerajaan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) memaklumkan 267 kes baharu positif Covid-19 membabitkan tiga kematian dilaporkan, hari ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 251 kes membabitkan penularan tempatan, kes import B (lima), import C (dua) manakala sembilan kes membabitkan Orang Kena Tahan (OKT).

- Metro

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo