NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Ahmad Maslan gagal isytihar RM2 juta dibicara Jun 2022

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan, yang didakwa atas dua pertuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bermula pada Jun 2022.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan 23 hari bermula 7 hingga 9 Jun dan 13-15 Jun, 18-21 Julai dan 25-28 Julai serta 15-19 Ogos dan 22- 25 Ogos 2022 untuk perbicaraan.
Kes itu hari ini ditetapkan untuk sebutan kali pertama di Mahkamah Tinggi dan pertuduhan sepatutnya dibacakan semula terhadap Ahmad, 55, selepas Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan beliau untuk memindahkan kesnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi pada 13 Julai lalu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo