NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hartal Doktor Kontrak: 30 doktor kontrak tunjuk solidariti di HRPB Ipoh




IPOH: Kira-kira 30 orang doktor kontrak bergerak keluar secara beramai-ramai sebagai tanda tunjuk perasaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, di sini hari ini.

Kumpulan itu keluar pada jam 11.30 pagi bermula dari lobi hospital menuju pintu masuk kecemasan.

Tinjauan mendapati mereka menunjukkan solidariti itu dalam tempoh kurang lima minit.

Bagaimanapun,pihak media hanya dibenarkan berada di pondok pengawal dan tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan hospital.

Sebelum ini media melaporkan, doktor-doktor kontrak akan bergerak keluar secara beramai-ramai sebagai tanda tunjuk perasaan daripada pusat kesihatan di bawah seliaan Kementerian Kesihatan di seluruh negara pada pukul 11 pagi, pada Isnin.

Menerusi kenyataan Hartal Doktor Kontrak, ia merupakan kesepakatan yang telah dipersetujui secara bersama oleh doktor-doktor kontrak.

Kenyataan itu menjelaskan pergerakan tersebut dilakukan berdasarkan tiga keadaan iaitu kategori tidak kritikal yang menuntut doktor kontrak berkumpul dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di lobi hospital masing-masing dan bergerak keluar secara besar-besaran melalui pintu utama.

Dilaporkan, sebanyak 24 hospital di seluruh negara dicadangkan menjadi pusat kepada gerakan hartal itu.

Sistem kontrak diperkenalkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk graduan perubatan, pergigian dan farmasi dalam pembentangan Belanjawan 2017 di Dewan Rakyat kerana kekangan jawatan tetap.





No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo