NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harga maksimum minyak masak berkuatkuasa 1 Ogos ini

PUTRAJAYA: Harga runcit maksimum baharu bagi minyak masak sawit tulen dijual dalam botol akan berkuatkuasa mulai 1 Ogos ini.

Sehubungan dengan itu, harga runcit maksimum minyak masak sawit ditetapkan bagi botol lima kilogram (kg) ialah RM29.70, botol satu kg (RM6.70), dua kg (RM12.70) dan tiga kg (RM18.70).

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, kerajaan bersetuju melaksanakan program harga kawalan berasaskan nilai ambang minyak sawit mentah (CPO).

"Dengan pelaksanaan harga kawalan untuk minyak masak tulen, pengguna dijamin mendapat minyak masak di bawah harga RM30 bagi botol lima kg dan lain-lain kuantiti tanpa mengira kedudukan harga sawit semasa," kata KPDNHEP dalam kenyataan, hari ini.

KPDNHEP berkata penetapan harga runcit maksimum minyak masak itu dibuat di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) 2021.

Ia turut mengambil kira pandangan agensi, industri dan trend harga di pasaran.

"Pelaksanaan harga kawalan ini dibuat susulan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai komitmen kerajaan membantu rakyat meringankan kos sara hidup," katanya.

BH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo