NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gagal hasut rakyat, DAP tawar bayar kompaun pada aktivis?




PETALING JAYA: Tiga aktivis yang dikenakan kompaun RM2,000 kerana menyertai bantahan antikerajaan di Dataran Merdeka, Sabtu lalu, ditawarkan bantuan guaman oleh DAP Wilayah Persekutuan.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, pasukan guaman DAP bersedia menawarkan khidmat pro bono untuk membawa kes itu ke mahkamah.


Katanya, tiga aktivis Sekretariat Solidariti Rakyat itu tidak sepatutnya dikenakan tindakan berkenaan.

Menerusi kenyataan Lim berkata, tindakan itu “tidak demokratik” dan tidak munasabah kerana himpunan dilakukan secara aman dengan mematuhi SOP.

“Yang ketiga, biarpun kita masih dilanda wabak, rakyat juga berhak dan bebas menyuarakan pendapat serta menyertai perhimpunan aman selagi SOP dipatuhi.

“Dengan pematuhan SOP yang ketat, tiada sebab untuk rakyat dihukum atas hak mutlak untuk bersuara terhadap kerajaan yang gagal menjaga mereka,” katanya.

Polis berkata, satu kumpulan berhimpun di Dataran Merdeka untuk melakukan protes terhadap cara kerajaan Perikatan Nasional (PN) menguruskan pandemik.

Sekitar 40 orang hadir dalam perhimpunan anjuran Sekretariat Solidariti Rakyat itu sambil mengibarkan bendera hitam dan membawa sepanduk dengan tanda pagar #KeluarDanLawan selain berdiri di hadapan beberapa patung mayat.

Protes itu berlangsung kira-kira 40 minit.

Tiga aktivis itu dikenakan kompaun selepas disoal siasat polis selama tiga jam di Balai Polis Dang Wangi.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/19/dap-tawar-bantuan-guaman-kepada-aktivis-dikompaun-rm2000/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo