Responsive Ad Slot

COVID-19 : Penyanyi Fazli Zainal perlu bantuan oksigen

Disahkan positif COVID-19 dan menjalani kuarantin kendiri di rumah, Fazli dikejarkan ke Hospital Ampang, petang tadi, selepas sesak nafas. Foto Ihsan Fazli Zainal
KUALA LUMPUR: Penyanyi Fazli Faizal yang disahkan positif COVID-19 minggu lalu, dikejarkan ke Hospital Ampang, dekat sini, petang tadi, selepas sesak nafas.

Penyanyi yang popular dengan lagu Harapan ini memberitahu, dia terpaksa menggunakan alat bantuan oksigen untuk bernafas.

"Saya menjalani ujian saringan COVID-19 kira-kira seminggu lalu dan disahkan positif COVID-19.

"Berikutan keadaan kesihatan saya ketika itu tidak membimbangkan, saya menjalani kuarantin kendiri di rumah.

"Bagaimanapun, semakin hari, keadaan saya semakin teruk. Saya mula sakit-sakit badan, batuk dan sukar bernafas.

Disahkan positif COVID-19 dan menjalani kuarantin kendiri di rumah, Fazli dikejarkan ke Hospital Ampang, petang tadi, selepas sesak nafas. Foto Ihsan Fazli Zainal

"Tahap oksigen saya jatuh ke paras 75 peratus berbanding 95 peratus untuk individu normal," katanya kepada BH Online.

Tambah Fazli, dia sedang menunggu keputusan ujian darah dan ujian imbasan sinar-X sebelum dimasukkan ke wad.

"Buat sementara waktu, saya ditempatkan di wad kecemasan kerana difahamkan, hospital kekurangan katil.

"Hendak datang ke hospital ini juga saya terpaksa menggunakan khidmat paramedik swasta kerana ambulans hospital semuanya digunakan," katanya.

Terdahulu, berita mengenai Fazli dikongsi rakan artis, Sharifah Zarina melalui entri Instagram (IG).

Rata-rata peminat termasuk rakan selebriti seperti Zarul Umbrella, Bob Yusof, Zur Eda dan Sharifah Shahora mendoakan Fazli cepat sembuh.

- BH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo