Responsive Ad Slot

Caprice mohon maaf secara terbuka di instagram

0

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap, Caprice memohon maaf kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien dan pendakwah bebas, Ebit Lew secara terbuka di Instagramnya.

Menerusi entri tersebut, Caprice turut mengakui kesilapan akibat bertindak mengikut emosi kerana perjuangannya demi ummah, Palestin dan rakyat Malaysia.

“Salam Tunku Mahkota Johor, Hishammuddin dan Ebit Lew, Caprice mohon minta maaf atas kesilapan Caprice di mana kita terlalu emosi tentang pejuang kita demi ummah, demi Palestin dan demi Rakyat Malaysia.

“Apa yang berlaku adalah kesilapan Caprice sendiri dan tidak terlibat pihak lain. Caprice nak ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Hishammuddin, Kedutaan Malaysia-Mesir dan Kerajaan Mesir atas layanan baik, sokongan dan perlindungan 24 jam sepanjang Caprice di Mesir,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Caprice turut berterima kasih kepada Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang menjadi ‘ayah’ sepanjang mereka berada di sana.

“Tak mungkin Caprice dapat membalas segala kasih sayang dan kebajikan yang telah Datuk Seri tunjuk sepanjang misi ini. Kepada semua yang terlibat juga, terima untuk segala-galanya,” katanya.

Malah, Caprice turut memohon maaf kepada ibu dan bapanya yang menyuarakan kerisauan terhadap keberadaan serta kondisi penyanyi itu di sana.

“Saya sayang anda dan niat saya mula melangkah sendiri di usia 16 tahun hanyalah untuk membuatkan kamu berdua bangga.

“Minta maaf kepada Malaysia dan rakyat Malaysia. InsyaAllah, saya akan kembali selepas menunaikan tanggungjawab dan janji kepada rakyat Palestin. Saya minta maaf,” katanya.

- UM

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo