Responsive Ad Slot

17 dosa besar berkait dengan anggota badan

Empat  letaknya di Hati, iaitu:
1. Syirik.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” (Surah An-Nisa’: 48)

2. Senantiasa Bermaksiat kepada Allah.
“Dan barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya siksa yang menghinakan.” (Surah An-Nisa’: 14)

3. Merasa Aman dari Azab Allah.
4. Berputus Asa dari Rahmat Allah.

Empat Dosa Tempatnya di Lidah, iaitu:
5. Memberi persaksian Palsu.
6. Menuduh Perempuan Beriman Berzina.
7. Bersumpah Palsu.
8. Berkata Bohong.

Tiga Dosa Letaknya di Perut, iaitu:
9. Minum khamar dan minuman keras.
10. Memakan harta anak yatim.
11. Memakan harta riba.

Dua Dosa di Kemaluan, iaitu:
12. Berzina.
13. Homoseksual.

Dua Dosa Letaknya di Tangan, iaitu:
14. Melakukan pembunuhan.
15. Melakukan pencurian.

Satu Dosa di Kaki, iaitu:
16. Lari dari peperangan.

Satu Dosa di Seluruh Badan, iaitu;
17. Tidak menghormati kedua ibu bapa (derhaka kepada orang tua).

Untuk menghapus semua dosa-dosa tersebut, Allah dan Rasul-Nya memberikan petunjuk. Adapun dosa kecil boleh dihilangkan dengan memohon ampun dan mengerjakan amal-amal soleh seperti solat berjamaah 5 waktu, berpuasa, baca Al-Qur’an, menghadiri majlis ilmu, bersedekah, dan amalan baik lainnya. Manakala dosa besar hanya dapat dihilangkan dengan taubat nasuha dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo