NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: PAS akan tanding pertahankan 18 kerusi dimenangi sekarang…




PAS akan bertanding di 20 kerusi parlimen pada PRU ke-15.

Rundingan agihan kerusi antara PAS, UMNO dan BERSATU kini sedang berjalan dan dijangka selesai pertengahan tahun ini.

Jawatankusa rundingan yang mewakili ketiga-tiga parti Melayu-Islam itu telah diwujudkan sejak tahun lalu.

PAS diketuai Naib Presidennya, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; UMNO oleh Timbalan Presidennya, Dato’ Seri Mohamad Hassan dan BERSATU juga diketuai oleh Timbalan Presidennya, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu.

Menurut sumber, PAS telah diberi laluan oleh UMNO dan BERSATU untuk mempertahankan semua 18 kerusi parlimen yang dimenangi parti itu pada PRU ke-14 di 3 negeri iaitu Kedah (3), Kelantan (9) dan Terengganu (6).

18 kerusi itu ialah Pendang, Jerai, Sik di Kedah; Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Putih, Kuala Krai di Kelantan dan Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu.

Di Terengganu, UMNO dan BERSATU masing-masing diberi laluan untuk bertanding di 1 kerusi Parlimen iaitu Besut dan Hulu Terengganu.

Keputusan itu dicapai berdasarkan prinsip yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa tersebut iaitu, ‘parti yang menang di mana-mana kerusi pada PRU ke-14 akan diberi hak untuk bertanding semula pada PRU ke-15’.

Prinsip kedua, ‘bagi kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) pada PRU ke-14 akan diberi laluan kepada BERSATU atau parti yang mendapat undi tertinggi antara PAS dan UMNO.

Selain itu, PAS mempunyai tambahan 2 kerusi iaitu Pokok Sena dan Kuala Kedah di Kedah.

Di Kedah, PAS dilihat tiada masalah untuk menang di kedua-dua kerusi itu kerana kawasan berkenaan mempunyai pengundi majoriti Melayu.

Sementara itu, BERSATU akan bertanding di 2 kerusi yang dimenangi PKR iaitu Alor Setar dan Padang Serai.

Di Pahang, BERSATU juga akan diberi laluan bertanding di Indera Mahkota dan Kuantan.

Setakat ini, PAS masih tiada tempat di Pahang bagi membawa Timbalan Presidennya, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding semula di negeri asalnya.

Parlimen Bangi, Kapar dan Sungai Buloh di Selangor adalah 3 kerusi parlimen yang dimenangi PH sebelum ini, di mana jumlah undi yang diperolehi PAS lebih tinggi berbanding BN.

Pada PRU ke-14, DAP menang di Bangi dengan majoriti lebih 68 ribu undi; PKR menang di Kapar dan Sungai Buloh masing-masing dengan majoriti 16 ribu dan 26 ribu undi.

Dengan pengundi Melayu sekitar 50% di ketiga-tiga kawasan itu, ketiga-tiga kerusi berkenaan sedang dirunding antara BERSATU, MCA dan MIC.

Namun, rundingan diteruskan bagi memastikan PAS diberi ruang untuk bertanding di 10 lagi negeri iaitu Perlis, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah serta Wilayah Persekutuan.

PAS telah mengumumkan untuk tidak letak calon di Sarawak.

Dengan kerjasama erat dan persefahaman yang kukuh parti-parti politik dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional, PAS boleh menang dengan selesa di 18 kerusi parlimen yang telah dimenangi parti itu pada PRU ke-14 yang lalu.

PAS juga mempunyai peluang cerah untuk merampas Pokok Sena dan Kuala Kedah daripada PH.

https://www.terengganureport.com/2021/02/pas-tanding-20-kerusi-parlimen-pru15.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo