NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Moratorium enam bulan kepada semua peminjam individu

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, dengan kerjasama pihak bank, moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.
Advertisement

Katanya, tiada lagi syarat dikenakan seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi perlu dikemukakan untuk permohonan.

Beliau berkata demikian pada Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini.

“Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik.

“Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS (Perusahaan Kecil Sederhana) yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.

“Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021. Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

“Saya berharap inisiatif moratorium ini dapat sedikit sebanyak membantu peminjam individu dan PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka semasa tempoh yang mencabar ini.

“Walau bagaimanapun, saya juga ingin berpesan gunalah tawaran ini dengan sebaiknya dan jika tidak mendesak, janganlah membuat tambahan komitmen kewangan lain,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 28/6/2021

https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/28/moratorium-enam-bulan-kepada-semua-peminjam-individu/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo