NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

LGBT: DPPM sedia bantu kerajaan




Muslimat Sedia Membntu Task-Force Tangani LGBT

1. Dewan Muslimat PAS Malaysia dengan ini menyokong penuh dan mendokong usaha pihak kerajaan mewujudkan satu 'Task Force' menangani Isu LGBT yang diurusetia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Agensi kerajaan lain yang turut terlibat ialah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia.

2. Kami percaya langkah ini sangat perlu bagi menangani gejala tidak sihat yang semakin berleluasa di Malaysia terutamanya di laman sosial. Antara kes yang mengejutkan seluruh Malaysia ialah apabila golongan tersebut telah berani secara terang-terangan membuat “grooming” remaja berusia 14 ke 15 tahun di media sosial. Ini bermakna mereka langsung tidak peka bahawa perbuatan mereka telah melanggar prinsip kesopanan dan kesusilaan dalam rukun negara. Mereka berani mempromosikan gaya hidup yang melanggar nilai-nilai hidup seorang Islam.

3. Sewajarnyalah Malaysia bersungguh menangani masalah ini dari terus membarah di dalam masyarakat. Tidak dapat tidak, kerajaan perlu berganding bahu bersama badan-badan bukan kerajaan ( NGO ) dan semua pihak perlu berusaha agar perkara ini tidak berleluasa. Ia perlu disekat. Kerajaan harus bertegas terhadap mana-mana pihak yang menunjukkan sokongan kepada golongan ini sehingga mereka merasakan apa yang mereka lakukan ini betul. Pendidikan yang benar dan berterusan perlu diberikan kepada golongan ini agar mereka kembali ke pangkal jalan. Satu usaha akan dilakukan untuk meminda Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 560] dan undang-undang tatacara jenayah Syariah bagi memastikan undang-undang sedia ada mendokong usaha.

4. Sebelum ini, kita telah mencuba pendekatan yang lembut berusaha menarik mereka kembali ke jalan yang diredhai Allah namun seringkali golongan LGBT menarik semula mereka yang telah bertaubat. Dakwah dengan didokongi kekuatan undang-undang dan penguatkuasaan yangmmantap
diharapkan dapat membuahkan hasil. Usaha menghasilkan Tatacara Pengendalian Piawai atau standard operating procedure (SOP) dalam mengendalikan aduan berkaitan kesalahan mempromosi gaya hidup LGBT amat diharapkan menghasilkan natijah yang terbaik

5. Sesungguhnya rakyat Malaysia yang cintakan fitrah dan kesejahteraan harus bersama menyokong usaha pembaikan masyarakat seperti ini. Jangan biarkan negara tenggelam dalam kemaksiatan yang telah lama bermaharajalela. InsyaAllah Dewan Muslimat bersedia untuk membantu melalui entiti yang wujud seperti Lajnah Tarbiyah atau Lajnah Dakwah.


Yb Senator Ustazah Hjh Nuridah bt Mohd Salleh.
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia.
25 Jun 2021 | 14 Zulkaedah1442H


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo