NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pusat vaksinasi mega pertama bakal menyaksikan 2,600 warga emas divaksinasi




Oleh Zainal AS Rashid

KIRA-KIRA 2,600 warga emas antara penerima awal apabila pusat vaksinasi mega pertama di Malaysia memulakan program suntikan pada 31 Mei nanti.

Ini direalisasikan setelah Malaysia International Trade & Exhibition Centre (Mitec) di Kuala Lumpur memulakan operasi sebagai pusat vaksinasi beramai-ramai yang menyasarkan lebih daripada 8,000 individu setiap hari.

Ketua Eksekutif Mitec Mala Dorasamy berkata pusat tersebut akan diuruskan oleh pakar perubatan dan kakitangan pengurusan acara bagi memastikan keselamatan dan operasi yang mantap.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis beliau berkata pusat itu akan menambah antara 5,000 hingga 8,000 individu setiap hari, termasuk mereka yang kurang upaya.

Pusat yang meliputi kawasan 32 hektar dengan ruang acara seluas 51,000 meter persegi itu akan memulakan fasa ujian pertama membabitkan warga emas.

Menurut Mala bagi memastikan keselamatan orang ramai, pusat dua tingkat tersebut akan hanya menerima individu yang telah membuat temu janji melalui pendaftaran.

Pembukaan pusat vaksinasi mega itu adalah berikutan kritikan berhubung proses vaksinasi di PPV Dewan Komuniti Manjalara dan PPV Stadium Titiwangsa.

Pada Selasa (25 Mei) Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah mengumumkan bahawa sebanyak empat pusat vaksinasi mega akan ditubuhkan di Kuala Lumpur bagi mempercepatkan program imunisasi.

Berikutan itu empat PPV yang ada sekarang akan dipindahkan ke pusat mega tersebut bagi mengurangkan kesesakan.

Selain itu, PPV Kompleks Komuniti Muhibah dan PPV Kompleks Sukan Tasik Desa pula akan berpindah ke Axiata Arena di Bukit jalil bermula 7 Jun depan.

Mitec akan diuruskan oleh Prisma Galeri yang merupakan anak syarikat yang dimiliki penuh oleh Naza Corporation Holdings (NCH).

-BebasNews

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo