Perkhidmatan Tajuddin ditamatkan serta-merta

PUTRAJAYA: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkuat kuasa serta- merta.

Perkara itu disahkan jurucakap media Kementerian Kewangan ekoran satu surat penamatan perkhidmatan yang ditandatangani Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang tersebar dalam media sosial.

Dalam surat bertarikh hari ini itu, Tengku Zafrul mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan Tajuddin kepada Prasarana sepanjang memegang jawatan itu.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu dilantik ke jawatan tersebut pada 11 Mei tahun lalu menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim yang meletakkan jawatan pada 7 Mei 2020.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu pernah menjadi Pengurus Jualan di Cycle & Carriage (M) Sdn. Bhd., iaitu pemegang francais dan pengedar tunggal kereta buatan Mitsubishi Motors.

Tajuddin adalah Pengarah Urusan United Assembly (Services) Sdn Bhd, United Straits Fuso Sdn Bhd, Automotive Corporation ( M ) Sdn Bhd dan United Cycles Sdn. Bhd.

Tajuddin juga terbabit dalam pembangunan hartanah dan pendidikan tinggi swasta di samping industri automotif. – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/05/perkhidmatan-tajuddin-ditamatkan-serta-merta/
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post