NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Arab Saudi tutup ruang udara untuk Israel



Pesawat Israel terpaksa membatalkan penerbangan ke Dubai setelah gagal mendapat kebenaran dari Arab Saudi untuk melalui ruang udara negara itu.

Media Israel mendakwa, penumpang terpaksa menunggu selama 10 jam di Lapangan Terbang Ben Gurion berhampiran Tel Aviv sebelum penerbangan itu dibatalkan.

Setakat ini, alasan penolakan Arab Saudi untuk memberi kebenaran kepada penerbangan Israel masih belum dijelaskan.

Sebelum ini, Riyadh telah membenarkan penerbangan Israel menggunakan ruang udara Arab Saudi bagi perjalanan ke Dubai sejak November.

Tanpa menggunakan ruang udara Arab Saudi, penerbangan antara Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi sukar ekoran perjalanan akan mengambil masa lapan jam berbanding tiga jam sahaja.

Pada Disember, Israel mengumumkan program dua penerbangan setiap hari antara negara haram itu dengan UAE.

Ini selelas kedua-duanya menandatangani perjanjian yang diketuai Amerika Syarikat (AS) untuk menormalkan hubungan.

Sejak itu, kedua-duanya telah menandatangani puluhan perjanjian dua hala dalam pelbagai bidang, termasuk pelaburan, perkhidmatan perbankan dan pelancongan. – Agensi


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo