NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Panduan Ringkas Pemakaian Pelitup Muka Berganda (Double Face Mask) oleh Centers for Disease Control and Prevention (CDC), Amerika Syarikat



Ramai yang bertanya mengenai amalan memakai pelitup muka berganda (double face mask) . Berikut adalah panduan ringkas daripada CDC (Centers for Disease Control) Amerika Syarikat :

1. Pihak CDC dan Dr Anthony Fauci telah menjalankan validasi ke atas pemakaian pelitup muka berganda. Ia didapati membantu menapis lebih banyak partikel berbanding satu pelitup muka kain. Lihat contoh pemakaian yang ditunjukkan oleh Dr Anthony Fauci di atas.


2. Dua kaedah telah dikaji bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan pelitup muka. Kajian CDC menunjukkan pemakaian pelitup muka berganda (pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan) dapat mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus COVID-19


3. Ikat gelung telinga ke tepian pelitup muka dan selitkan lipatan sisi pelitup muka bagi mengurangkan jurang dengan muka.

4. Sememangnya pemakaian dua pelitup muka akan menjadikan pernafasan sedikit sukar, namun secara umumnya penggunaan pelitup muka perubatan (3-ply surgical mask) dengan pelitup muka kain dapat digunakan dengan baik oleh kebanyakan pengguna dan ianya tidak mengurangkan pembekalan oksigen kepada pemakai.

5. Perbandingan peratus keberkesanan pelitup muka. Pelitup muka berganda didapati memberi perlindungan 85.4 peratus.


6. Kaedah pemakaian pelitup muka berganda yang betul: Gunakan pelitup muka perubatan dengan pelitup muka kain. Elak mengenakan dua pelitup muka perubatan atau dua pelitup muka kain sebagai pelitup muka berganda. Manakala pelitup muka N95 sepatutnya digunakan satu sahaja dan tidak dipasangkan dengan pelitup muka lain.


7. Pelitup muka N95 adalah piawaian tertinggi bagi jenis pelitup muka. Ianya boleh melitup permukaan muka dan menapis sehingga 95% partikel (sekiranya dikenakan dengan betul). Oleh itu, tiada keperluan untuk mengenakan pelitup muka berganda.

Sumber: https://kpkesihatan.com/2021/05/23/panduan-ringkas-pemakaian-pelitup-muka-berganda-double-face-mask-oleh-centers-for-disease-control-and-prevention-cdc-amerika-syarikat/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo