NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ADUN Jangka PKP Penuh Akan Dikuatkuasakan Di Kedah




ALOR SETAR – Seluruh negeri ini berkemungkinan akan diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘lockdown’ sebagaimana PKP 1.0 dahulu setelah PKP Diperketatkan (PKPD) diumumkan bagi daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.

ADUN Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat berkata, ia berikutan kes positif baharu COVID-19 di negeri ini menunjukkan peningkatan secara harian dengan semua daerah sudah bertukar ke zon merah, kecuali Langkawi, Padang Terap dan Sik.

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 negeri ini adalah 14,187 kes di mana 417 kes baharu dan terdapat 3,281 kes aktif pada hari ini, dengan kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) tertinggi dalam negara iaitu 1.27 setakat semalam.

Rekod pertambahan harian di negeri ini semalam 445 kes dan kelmarin 244 kes, pada 17 Mei (236), 16 Mei (363), 15 Mei (239), 14 Mei (228), 13 Mei (193), 12 Mei (226), 11 Mei (174), 10 Mei (224), 9 Mei (176), 8 Mei (183) dan 7 Mei (209).

“Kes positif yang diumum harian adalah setelah pemeriksaan swab test dan apabila positif, akan ada lagi kontek rapat dipanggil untuk buat swab test. Menunjukkan jumlah akan makin bertambah.

“Jadi, apabila pergerakan aktiviti biasa rakyat masih berlaku, akan sukar untuk menurunkan kadar sebaran penyakit. Maka, langkah drastik perlu, supaya penularan ini dapat dihentikan dari aktiviti dan pergerakan yang banyak.

“Di samping itu, mengajak rakyat supaya lakukan ‘seft-lockdown’. Hanya keluar bila perlu sahaja. Beli barang untuk kegunaan seminggu, wang tunai secukupnya dikeluar dari bank bagi belian mingguan.

“Minyak kenderaan isi penuh siap-siap dan urusan secara online ditingkatkan penggunaannya,” ujar beliau mengharap rakyat tidak panik, sebaliknya mengatur perancangan untuk urusan bagi tempoh PKP atau PKPD yang mungkin diumumkan.

Malah, beliau turut menjangkakan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipengerusikan Perdana Menteri bersama semua Menteri Besar dan Ketua Menteri mungkin memutuskan PKP penuh di seluruh negara, esok.

“Sebelum ini, mereka yang dijangkiti COVID-19 ini kalangan orang yang kita tidak kenali, dari daerah dan negeri lain. Tapi kini gelombang ketiga, penyakit ini makin hampir dengan kita.

“Sudah ada kalangan saudara mara kita yang positif covid, mungkin ibu dan ayah, isteri, suami atau anak-anak, saudara mara, kenalan terdekat, jiran setaman atau rakan sekolah. Penyakit ini adalah real, dan wujud, ia semakin hampir dengan kita.

“Patuhi SOP (prosedur operasi standard) dan amalkan norma baharu serta kuarantin kendiri dan keluar rumah bila perlu sahaja,” ujarnya mengulang nasihat. – KedahOnline

https://kedahonline.com/1668/adun-jangka-pkp-penuh-akan-dikuatkuasakan-di-kedah/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo