NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Warisan saman ADUN Sebatik




KOTA KINABALU – Peguam Parti Warisan Sabah (Warisan) memfailkan saman terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir selepas didapati gagal meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Warisan memaklumkan, writ saman dan penyataan tuntutan itu dihantar di kediaman beliau di Taman Fulliwa di sini pada jam 3.35 petang Rabu.

Kenyataan itu turut berkata, Warisan berharap supaya keputusan mahkamah akan memaksa Hassan untuk menghormati surat peletakan jawatannya yang telah ditandatangani sebagai ADUN Sebatik.

Writ itu menamakan Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua yang juga sebagai wakil Warisan adalah plaintif, manakala Hassan sebagai defendan.

Pada 25 Februari lalu, Hassan mengumumkan bahawa beliau keluar daripada Warisan.

https://www.sinarharian.com.my/article/132443/BERITA/Politik/Warisan-saman-ADUN-Sebatik

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo