NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tak Percaya Covid-19, Akhirnya Disahkan Positif

Los Angeles: Bintang rock, Ted Nugent, 72, yang sebelum ini mendakwa Covid-19 adalah karut akhirnya disahkan positif virus itu, semalam.
Nugent yang mengesahkan dia positif Covid-19 menerusi video berkata, dia tidak pernah jatuh sakit seteruk itu sehingga sukar untuk bangun dari katil.

"Saya mengalami selesema sejak 10 hari lalu dan terfikir saya akan mati. Saya disahkan positif hari ini (semalam).

"Kepala saya terasa berat dan badan sakit. Ia memang sangat sakit. Nak merangkak bangun dari katil pun susah selama beberapa hari," katanya.

Nugent turut memaklumkan dia kini menjalani kuarantin di rumah dan mengikut segala arahan keselamatan.

Empat bulan lalu, penyanyi rock popular sekitar 1970-an dan 1980-an itu mengatakan dia meragui dan tidak percaya kewujudan Covid-19. Dia mendakwa pandemik itu sekadar penipuan dan menolak untuk mendapatkan vaksin.

- HMetro

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo