NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia akan kaji dakwaan vaksin Covid19 ada babi - KJ



MALAYSIA, 23 Mac 2021 – Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memberitahu, Malaysia akan mengkaji kandungan vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca susulan kenyataan Majlis Ulama Indonesia (MUI) bahawa vaksin tersebut mengandungi bahan daripada babi.

“Bahan atau komponen dalam vaksin tersebut akan dikaji, dan kerajaan akan umum pendirian dalam masa terdekat,” kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu.

Jumaat lalu MUI melaporkan bahawa vaksin AstraZeneca haram digunakan oleh umat Islam kerana proses pembuatannya menggunakan “trypsin dari pankreas babi”.

Majlis itu bagaimanapun meluluskan vaksin AstraZeneca untuk digunakan memandangkan keadaan darurat pandemik Covid-19 ketika ini.

Berikutan kenyataan ini, Pengarah AstraZeneca Indonesia, Rizman Abudaeri tampil memaklumkan bahawa tiada bahan daripada babi mahupun haiwan lain digunakan dalam semua peringkat penghasilan vaksin berkenaan.

Malaysia dijangka menerima bekalan dos pertama vaksin AstraZeneca pada suku kedua 2021.

https://www.samudera.my/vaksin-astrazeneca-ada-babi-malaysia-akan-kaji-bahan-dalam-vaksin/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo