NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jururawat Islam di Singapura boleh pakai tudung – PM


SINGAPURA – Jururawat yang beragama Islam di republik ini bakal dibenarkan memakai tudung, sekiranya ingin berbuat demikian, kata Perdana Menterinya Lee Hsien Loong.

Beliau berkata, kebenaran akan diberikan kerana bertudung sudah menjadi lumrah dan sikap orang ramai sudah berubah tentangnya.

Hsien Loong berkata demikian dalam satu dailog tertutup yang diadakan dengan komuniti dan pemimpin Islam negara itu, semalam.

Beliau merasakan terdapat keperluan untuk memberikan kebenaran itu sambil menambah sebelum kebenaran diberikan kerajaan perlu memastikan semua pihak sama ada Islam atau bukan Islam memahami serta boleh menerimanya, lapor CNA.

Sehubungan itu, kebenaran jururawat Islam untuk bertudang akan mengambil sedikit masa.– BebasNews

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo