Toh Puan Norkiah @ Rokiah Bagong, isteri kepada mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching hari ini.
Menurut salah seorang anaknya, Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 12.00 tengah hari tadi setelah dikatakan mengalami pendarahan di bahagian otak. Allahyarhamah berumur 72 tahun.
Tun Abang Muhammad Salahuddin, 99, dan beberapa orang anggota keluarganya berada di sisi Norkiah semasa Allahyarhamah meninggal dunia.
Sementara itu Unit Khidmat Awam Sarawak di Jabatan Ketua Menteri (UKAS) berkata Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang di Petra Jaya di Kuching petang ini.
- Bernama
No comments
Post a Comment