NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dron tentera Turki jadi kuasa penentu baharu serantau


KUASA BAHARU…Kejayaan Turki membangunkan industri dron ketenteraannya membolehkan negara itu muncul sebagai kuasa serantau pada tahun lalu, demikian menurut seorang saintis politik terkemuka, Francis Fukuyama.

Malah, ia memboleh negara itu menjadi ‘power broker’ utama serantau yang berkeupayaan menentukan sendiri kesudahannya dan bukan lagi Rusia, China atau Amerika Syarikat, kata beliau dalam artikelnya dalam majalah ‘American Purpose’ yang dipetik oleh Agensi Berita Anadolu.

Fukuyama berkata, “Turki berjaya membangunkan angkatan dron buatan sendiri dan digunakan sehingga mampu memberikan kesan yang menjejaskan dalam beberapa konflik ketenteraan baru-baru ini: Libya, Syria, dalam perang Nagorno-Karabakh war antara Armenia dengan Azerbaijan, dan juga menghapuskan PKK yang dianggapnya sebaga kumpulan pemberontak dalam sempanannya sendiri.”

Beliau berkata keberkesanan dron buatan Turki seperti Bayraktar TB2 dan pesawat udara tanpa pemandu (UAV) Anka-S dapat dilihat di Syria apabila sebuah demi sebuah kereta perisai berjaya dimusnahkan termasuk lebih 100 buah kereta kebal dan juga sistem pertahanan udara ketika membalas serangan Kerajaan Syria yang membunuh 36 orang tentera Turki.

Fukuyama berkata, tindakan Turki menggunakan dron akan mengubah kuasa pentempuran di daratan sedia ada seperti mana kapal pengangkut pesawat mengubah keperluan terhadap kapal perang dalam Perang Dunia Kedua.


Beliau menambah, negara itu telahpun ‘mengubah’ kesudahan yang ada dalam tiga buah konflik dan pasti akan terus melakukan perkara yang sama selepas ini, kata beliau lagi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo