Responsive Ad Slot

Beza antara bantuan Melayu Islam dan bantuan Cina Kristian



oleh: DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF 

BANTUAN Melayu Islam

Identiti pemberi bantuan: Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim.

Identiti penerima bantuan: Seorang lelaki Melayu Islam berusia 26 tahun bernama Zulafkar.

Kerja penerima bantuan: Pekerja Food Panda yang menghantar makanan di sekitar ibu negara.

Latar belakang penerima bantuan: Tidak menyambung pelajaran tetapi bekerja menggunakan basikal bagi menyara ibu dan 4 adik beradiknya setelah mereka kematian bapa.

Bentuk bantuan diberi: Motosikal bernilai RM4,700.

Bila bantuan diberi: 25 Mac 2021.

Bantuan Cina Kristian

Identiti pemberi bantuan: Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong.

Identiti penerima bantuan: Seorang lelaki Melayu Islam berusia 22 tahun bernama Mohamad.

Kerja penerima bantuan: Pekerja Food Panda yang menghantar makanan di sekitar Pulau Pinang.

Latar belakang penerima bantuan: Berasal dari Kelantan, lulusan Diploma Kejuruteraan, ada 10 orang adik beradik, ayahnya seorang guru agama.

Bentuk bantuan diberi: Motosikal bernilai RM4,500.

Bila bantuan diberi: 13 April 2021.

Beza antara kedua-dua bantuan ini

Tiada beza, nilai yang sama, penerima pun dari latar belakang yang sama.

Yang berbeza ialah pemberi bantuan, satu Melayu Islam, tetapi satu lagi Cina Kristian.

Yang berbeza juga ialah satu hanya dinyatakan secara ringkas fakta kejadian beserta gambar rasmi pemberian bantuan, tetapi satu lagi diceritakan panjang lebar dengan menggunakan ayat-ayat yang dimaksudkan untuk mencetuskan emosi, dikaitkan dengan Ramadan dan disertakan dengan gambar-gambar terperinci yang sengaja dirancang dari awal untuk tujuan publisiti.

Sebab itulah juga maka hasilnya berbeza, di mana cerita Cina Kristian memberi bantuan kepada pekerja Food Panda Melayu Islam yang sengaja mahu disensasikan ini segera viral dengan mendapat lebih 29,000 shares serta dilapor oleh pelbagai portal seperti Malaysia Kini, Malaysia Date Line, Malaysia Post, Sinar Harian, Siakap Keli, World of Buzz dan sebagainya, manakala cerita Melayu Islam memberi bantuan sama kepada pekerja Food Panda Melayu Islam pula tidak viral dengan hanya beroleh tidak sampai 500 shares serta hanya dilapor oleh media parti Melayu Islam itu sahaja.

Maka dipuja-pujilah Cina Kristian itu kerana budi baiknya itu walhal ini semua adalah perancangan untuk publisiti bagi memenuhi agenda tertentu sahaja. Bukannya tidak ada Cina Kristian atau Cina lain yang hidup melarat, malah ramai, tetapi mengapa Melayu Islam yang dipilih untuk disensasikan ceritanya?

Bukannya tidak ada Melayu Islam yang boleh membantu Melayu Islam yang hidup melarat jika diketahui tetapi mengapa Cina Kristian yang dipilih untuk mengadu? Sama-samalah kita fikir dan renungkan.



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo