NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sabah: Adun Sebatik keluar Warisan




KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A Gani Pangeran. Amir mengumumkan keluar daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) atas alasan parti itu tidak lagi mengutamakan kesejahteraan rakyat dan hanya menumpukan politik.

Dalam satu kenyataan hari ini, Hassan berkata, beliau kini menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor.

“Saya melihat perkara yang diperlukan oleh negara pada hari ini adalah kestabilan politik. Kestabilan ini penting untuk memastikan kerajaan dapat memberikan sepenuh perhatian dalam menangani COVID-19 dan menjaga kesejahteraan rakyat.

“Saya amat berdukacita melihat pendirian Warisan yang dilihat masih bermain dengan rentak politik Pakatan Harapan (PH) yang mengutamakan kepentingan politik berbanding kesejahteraan rakyat yang terbeban dengan isu Covid-19.” katanya seperti dilaporkan.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah September lalu, Hassan mendapat 2,665 undi menewaskan enam pencabar lain termasuk penyandang kerusi itu, Datuk Abdul Muis Picho daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Susulan tindakan tersebut, GRS yang dianggotai parti komponen Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah kini memiliki sokongan 48 ADUN daripada keseluruhan 79 ADUN.- UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo