NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RM400 Juta Aliran Masuk Ke Dalam Saham Tempatan, Pecah Trend Sejak 2019


Lebih dari AS$97 juta (RM400 juta) mengalir masuk ke dalam saham tempatan sejak tiga minggu lalu selepas dua tahun pelabur asing meninggalkan pasaran ekuiti Malaysia, kata penganalisis saham Bloomberg.

Laporan itu membandingkan pengaliran masuk dana-dana luar pada bulan ini dengan gabungan pengeluaran sebanyak AS$1 bilion dari empat pasaran lain di Asia Tenggara.

Ia juga turut mendedahkan penilaian dalam perbandingan ekuiti utama di Malaysia, Bursa Malaysia KLCI, sebagai antara yang terendah di rantau ini dengan dividen serendah 3% yang dilihat paling tinggi antara indeks-indeks Asia Pasifik selepas Singapura.

Laporan itu turut berkata pelabur asing berubah menjadi pembeli bersih dan ia penting bagi Malaysia ketika berbilion dolar dana luar dikeluarkan tahun lepas sewaktu menghadapi krisis politik dan kesihatan awam susulan pandemik Covid-19.

“Ada peranan penting bagi Malaysia selepas ia dilihat kurang aktif,” kata Geoffrey Ng dari Fortress Capital Asset Management kepada Bloomberg.

“Sebahagian sebab kenapa ramai pelabur luar menjual saham mereka adalah kerana ketidaktentuan politik, kini sudah tidak dirasakan lagi,” kata Ng di samping turut mengingatkan pandangan itu hanya berdasarkan data selama sebulan.

Pada Januari, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah darurat Covid-19 bagi mengekang kes terus meningkat dalam negara ketika ramai pemimpin Umno mengancam untuk menarik kembali sokongan kepada Perikatan Nasional.

Perintah darurat itu dilihat sebagai sebuah langkah untuk menangguhkan Parlimen bagi menghalang pilihan raya tergempar semenjak kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan bagi mengutamakan peperangan membendung pandemik Covid-19.

Pakar-pakar kesihatan turut menasihatkan kerajaan bahawa pilihan raya yang diadakan ketika pandemik akan mencetuskan peningkatan jangkitan dan boleh menjadikan sistem kesihatan awam negara lumpuh.

Bloomberg berkata sejak dua bulan lalu, pemegang saham luar di syarikat-syarikat Malaysia adalah yang paling terendah di Malaysia sejak sedekad lalu memetik angka kajian CGS CIMB Research.

“Menamatkan bulan Mac dengan angka positif akan menghentikan pengeluaran asing dari saham tempatan sejak 2009,” tambah laporan terseut.

Indeks Bursa Malaysia KLCI dilihat meningkat sebanyak 1.1% pada bulan Mac.

Syarikat seperti Genting Bhd dan juga bank-bank lain menerima keuntungan selepas penularan Covid-19 semakin menurun dan program vaksinasi turut aktif dijalankan, kata laporan itu lagi.

Sementara itu, sebuah tinjauan Standard Chartered (SC) meletakkan Malaysia dalam ranking kedua bagi negara pilihan Asia Tenggara bagi pelaburan asing dalam sebuah senarai yang diungguli Jepun, China dan Australia.

Beberapa responden dalam kalangan pemimpin perniagaan di Eropah, Amerika Syarikat meletakkan Malaysia di tangga kedua selepas Singapura dalam pasaran-pasaran Asing yang menunjukkan trend keuntungan mengatasi Thailand, Indonesia dan Filipina.

- MalaysiaNow

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo