NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis bakal tingkatkan kemudahan logistik guna tenaga solar




KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia merancang meningkatkan kemudahan logistik yang menggunakan teknologi solar, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad dan Kop Mantap Berhad bagi mendapatkan teknologi solar yang dibekalkan oleh syarikat Munawwareen Holdings Sdn Bhd.

“Kita akan mengadakan pertemuan dengan KOP Mantap dan pihak pembekal untuk membuat pembentangan, perbincangan, demo dan kita akan pertimbangkan keperluan ini, seterusnya membentangkan bajet kepada Kementerian Dalam Negeri,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

Abdul Hamid menyifatkan penggunaan solar sebagai praktikal, murah dan mudah dan ia boleh dijadikan aset di setiap balai Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

“Teknologi solar amat berguna sekiranya dapat dibekalkan kepada setiap balai PDRM untuk kemudahan pelbagai guna, bukan sahaja untuk sekatan jalan raya, Bahkan ia boleh dimanfaatkan untuk kegunaan yang selain waktu sekatan jalan raya ketika pandemik Covid-19.

“Salah satunya contoh terputus bekalan elektrik di balai. Sungguhpun terdapat genarator, saya melihat penggunaan solar ini lebih efisien, paling praktikal, mudah disimpan dan murah,” kata beliau lagi.

https://bebasnews.my/?p=5701

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo