NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PEMERKASA: Ini Ringkasan Intipati Yang Diumumkan Perdana Menteri


Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi telah mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi atau PEMERKASA. Program ini akan menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan.

Ikuti antara intipati yang diumumkan oleh Perdana Menteri tadi melalui PEMERKASA

Kerajaan akan melaksanakan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau PEMERKASA bernilai RM20 bilion, dengan suntikan fiskal baharu oleh Kerajaan berjumlah RM11 bilion – PM

PEMERKASA akan menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan – PM

Lebih 300,000 rakyat telah menerima suntikan pertama vaksin setakat ini – PM

PM Muhyiddin bentang Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (MEMPERKASA) hari ini setelah setahun negara laksana PKP akibat COVID-19

MITI akan laksana inisiatif Safe@Work untuk majikan sedia tempat kerja dan penginapan kondusif untuk pekerja – PM

Peruntukan program imunisasi dinaikkan kepada RM5 bilion percepat sasaran imunisasi kelompok pada Dis 2021 – PM

PEMERKASA: Kerajaan mungkin tidak perlu lagi laksana PKP secara menyeluruh merangkumi seluruh negara atau negeri – PM

Kerajaan setuju beri potongan cukai tambahan sehingga RM50,000 kepada pengilang, syarikat perkhidmatan berkaitan pengilangan sewa premis, asrama pekerja – PM

Kerajaan bersetuju menambah peruntukan projek berskala kecil tahun 2021 kepada RM5 bilion daripada RM2.5 bilion – PM

MITI akan laksana Safe@Work untuk majikan sedia tempat kerja dan penginapan kondusif pekerja – PM

Majikan laksana ujian pengesanan COVID-19 untuk pekerja dibenar buat potongan cukai tambahan – PM Muhyiddin

Kawalan pergerakan hanya dilaksanakan mengikut lokaliti dan tertumpu kepada kluster berkaitan – PM Muhyiddin

Kerajaan bersetuju untuk menyediakan dana pembiayaan tambahan sebanyak RM500 juta bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit melalui program-program di bawah BSN, TEKUN, MARA dan SME Corp – PM

Motorsikal pemasangan tempatan dengan kapasiti enjin 150cc kebawah dapat pengecualian 100 duti eksais bermula 1 April — PM

PEMERKASA: Geran Khas Prihatin 3.0 diteruskan untuk bantu perniagaan beroperasi semula – PM Muhyiddin

PEMERKASA: Perusahaan mikro dan PKS yang layak di bawah GKP 3.0 akan terima bantuan one-off RM1,000 – PM Muhyiddin

PEMERKASA : Program Penjana Kerjaya 2.0 akan ditambah baik dengan perluas skop insentif pengambilan pekerja – PM Muhyiddin

PEMERKASA : Lebih RM14.4 bilion telah disalurkan untuk biaya program subsidi upah sehingga 5 Mac 2021 – PM Muhyiddin

PEMERKASA: Kerajaan peruntuk RM700 juta bagi Program Subsidi Upah 3.0 secara bersasar – PM Muhyiddin

Fi penyenaraian dikecualikan 12 bulan untuk penyenaraian di pasaran Utama, LEAP atau ACE – PM

Had pengumpulan dana akan dinaikkan kepada RM20 juta dari RM10 juta serta Equity Crowdfunding akan diperluaskan kepada syarikat berhad yang tidak tersenarai – PM

PEMERKASA: Kerajaan sedia benarkan pergerakan rentas negeri secara berperingkat, perlukan sedikit masa – PM

SSM setuju nilai ambang keberhutangan atau indebtedness threshold dinaikkan kepada RM50,000 dari RM10,000 – PM

Kerajaan telah meluluskan geran padanan sebanyak RM30 juta untuk menggalakkan pelaburan dalam mekanisasi dan automasi industri sawit – PM

PEMERKASA: Bantuan tunai one-off RM600 kepada pengusaha homestay yang daftar dengan MOTAC – PM

PEMERKASA: Kerajaan sedia wujudkan laluan hijau khas bagi perjalanan sempadan pengangkutan udara – PM

PEMERKASA: Geran Bantuan Khas one-off RM3,000 kepada lebih 5,000 agensi pelancongan berdaftar dengan MOTAC – PM

PEMERKASA: Perkhidmatan 5G dijangka operasi secara berperingkat mulai hujung tahun ini – PM

Kerajaan juga akan menaikkan siling Geran Pembangunan Pasaran atau MDG kepada RM500 ribu daripada RM300 ribu bagi setiap syarikat yang menyertai platform pameran antarabangsa – PM

MITI akan terus teroka potensi eksport baharu, dan galak automasi serta mekanisasi untuk pemain industri – PM

Geran padanan bernilai RM50 juta akan disediakan untuk membangunkan industri aeroangkasa dan peranti perubatan – PM

PEMERKASA: SKMM peruntuk RM3.2 bilion bagi naik taraf stesen pemancar, sediakan capaian gentian optik – PM

Kerajaan akan melancarkan Sukuk Lestari berjumlah tidak kurang dari US$1 bilion untuk membiayai program dan projek yang mempunyai elemen kelestarian di samping menangani kesan sosio-ekonomi akibat wabak COVID-19 – PM

PEMERKASA: Kerajaan peruntuk RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima untuk bantuan kehilangan pendapatan – PM

PEMERKASA: Bayaran tambahan RM500 kepada penerima BPR berpendapatan RM1,000 dan ke bawah – PM

PEMERKASA: Bantuan tunai one-off RM500 kepada B40 yang hilang pendapatan – PM

PEMERKASA: Subsidi pembelian telefon pintar atau peranti baharu RM300 untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah – PM

PEMERKASA: RM30 juta bagi luaskan perkhidmatan klinik bergerak ke seluruh negara – PM

PEMERKASA: Golongan B40 yang dikuarantin di rumah kerana COVID-19 layak terima RM50 sehari – PM

PEMERKASA: JKM lantik 2,500 pegawai tambahan di bawah inisiatif MyStep pastikan bantuan sampai kepada yang memerlukan- PM

PEMERKASA: BSN sedia RM50 juta di bawah Skim Pembiayaan Mikro PEMERKASA-NITA beri galakan wanita ceburi perniagaan – PM

PEMERKASA: RM10 juta dana padanan 70 peratus bagi usahawan wanita dan wanita bekerja sendiri di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO- PM

PEMERKASA: Had kelayakan gaji maksimum bagi Elaun Bantuan Pekerja Cacat dinaikkan RM1,500 daripada RM1,200 sebulan, manfaat 5,000 OKU – PM

PEMERKASA: Daftar dan perbaharui SSM percuma untuk OKU galak mereka ceburi bidang perniagaan – PM

PEMERKASA: Kerajaan naikkan nilai kredit RM150 daripada RM100 melalui program eBelia – PM

PEMERKASA: RM25 juta Skim Mikrokredit ISTIMEWA untuk OKU ceburi perniagaan dengan had pembiayaan sehingga RM50,000 – PM

PEMERKASA: Subsidi hampir 50 peratus ke atas harga LPG 14kg akan diteruskan untuk membantu isi rumah Malaysia – PM

Kerajaan tanggung jumlah subsidi RM3 bilion dengan penetapan harga siling runcit RON95 dan diesel bagi lindung pengguna daripada kenaikan harga petrol – PM

PEMERKASA: New Gen Entrepreneur Online Bootcamp diperkenal bimbing 2,000 usahawan belia berniaga dalam talian – PM

PEMERKASA: RM10 juta dana tambahan bagi perluas program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB), manfaat 1,800 peserta – PM

Kerajaan perkenal Skim Pembiayaan Mikro PEMERKASA-BELIA bantu mereka ceburi bidang perniagaan – PM


Kerajaan akan melaksanakan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau PEMERKASA bernilai RM20 bilion, dengan suntikan fiskal baharu oleh Kerajaan berjumlah RM11 bilion – PM

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo