PAS hantar surat kepada Ku Li nyata rasa kesal gelaran pelacur politik


14 MAC: PAS akan menghantar surat kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi menyatakan kekesalan parti itu terhadap kenyataan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, yang menyifatkan Pas sebagai ‘pelacur politik’.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan itu perlu kerana kenyataan bekas Presiden Parti Semangat 46 berkenaan adalah amat tidak wajar.

Sebaliknya Tuan Ibrahim berkata Tengku Razaleigh sepatutnya menggunakan saluran tepat untuk mengemukakan kritikan memandangkan mesyuarat Muafakat Nasional (MN) tetap dilakukan dua minggu sekali.

Justeru, beliau berkata, Pas akan mengutuskan surat kepada Ahli Parlimen Gua Musang bagi melahirkan kekesalan berhubung kenyataan berkenaan.

Saya melihat isu ini berdasarkan pandangan peribadi beliau (Tengku Razaleigh) dan bukan mewakili parti, cuma kedudukan beliau (dalam UMNO) agak tinggi.

“Sebab itu kita ambil perhatian sedikit. Kalau ahli biasa, kita (mungkin) buat tidak tahu, tetapi apabila penasihat, kita kena jadi penasihat.

“Pun begitu, hubungan (antaran Pas dan UMNO) saya rasa tidak terjejas sebab itu bukan pendirian parti, tetapi pandangan peribadi,” katanya di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim menambah, surat yang bakal diutuskan itu akan dihantar dalam masa terdekat.

“PAS mempunyai hubungan baik dalam MN dan ini merupakan platform untuk membincangkan isu.

“Bukannya menggunakan media secara terbuka (untuk) menyerang rakan-rakan dalam MN,” ujarnya.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh dilaporkan melabel Pas sebagai ‘pelacur politik’ dan menggesa UMNO untuk menewaskan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post