NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Operasi bazar Ramadan, Aidilfitri dan solat terawih dibenarkan

SHAH ALAM, 16 MAC: Operasi bazar Ramadan dan solat terawih berjemaah di masjid pada Ramadan ini dibenarkan dengan tatacara operasi piawai (SOP) ketat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) juga membenarkan aktiviti bazar Aidilfitri tertakluk pada SOP.

“Waktu operasi bazar Ramadan dari jam 3 petang hingga 8 malam dan bazar Aidilfitri dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

“Dari sudut lokasi, jumlah gerai serta saiz tapak dan lain-lain akan ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri masing-masing,” katanya dalam sidang media situasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

SOP perlu dipatuhi sepenuhnya ialah:

– Lokasi di kawasan terbuka
– Menyediakan laluan sehala pintu masuk dan keluar berbeza.
– Pendaftaran My Sejahtera di pintu masuk
– Kawalan jumlah pengunjung

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo