NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia dapat tambahan 10,000 kuota haji

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Malaysia berjaya memperoleh tambahan 10,000 kuota haji, hasil pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud di Istana Al-Yamamah, Arab Saudi.

Ini menjadikan kuota rasmi haji Malaysia adalah sebanyak 41,600 orang, berdasarkan peratusan kuota haji yang ditetapkan oleh Arab Saudi untuk setiap negara iaitu pada kadar 0.1% daripada jumlah penduduk negara berkenaan.

Memetik laporan media Malaysia di Arab Saudi, Muhyiddin yang mengadakan lawatan rasmi empat hari di negara itu berkata tambahan kuota haji Malaysia itu boleh mula digunakan sebaik sahaja situasi pandemik Covid-19 berada dalam keadaan terkawal.

“Apabila situasi haji kembali normal berikutan pandemik Covid-19, permintaan kita diluluskan,” katanya kepada media Malaysia pada penghujung lawatan rasmi empat harinya ke negara itu.

Tambah Muhyiddin, Putera Mahkota Arab Saudi memberikan jawapan positif dan jaminan terhadap permohonan kuota haji tersebut dan amat mengalu-alukan jemaah Malaysia yang terkenal dengan tingkah laku yang baik, berdisiplin dan kurang menimbulkan masalah.

Malah Muhyiddin juga menjelaskan, Mekah dan Madinah masih dalam proses perluasan bagi menampung lebih ramai jemaah haji pada masa hadapan.

Seramai 31,600 jemaah sepatutnya menunaikan ibadah haji pada tahun lalu namun pada 11 Jun 2020, kerajaan membuat keputusan untuk menangguhkan penghantaran bakal haji ke tanah suci bagi menjaga keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

Bagaimanpun, Tabung Haji menerusi laman webnya berkata, setiap tahun mereka akan membuat rayuan penambahan kuota daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan lebih ramai umat Islam di Malaysia dapat menunaikan ibadah haji. -UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo