NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenyataan Media PASRelief: Yaman Kritikal. Sumbangan diperlukan.


 

KENYATAAN MEDIA PASRELIEF

1. Negara Yaman sedang berada dalam keadaan yang kritikal berpunca daripada konflik dan peperangan yang tidak berkesudahan. Pada 1 Mac 2021, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan kenyataan memohon 3.85 bilion USD bantuan bagi menampung keadaan di Yaman. 

2.Seramai 16 juta rakyat Yaman bangun dalam keadaan lapar setiap hari dan lebih teruk sebahagiannya sedang dalam kebuluran. Bahkan menurut PBB, separuh daripada kanak-kanak berusia 5 tahun kebawah di Yaman mengalami kekurangan nutrisi yang kritikal dan 400,000 daripada mereka akan mati jika tidak mendapat rawatan segera. 

KENYATAAN MEDIA PASRELIEF 1. Negara Yaman sedang berada dalam keadaan yang kritikal berpunca daripada konflik dan...

3.Oleh kerana itu, PASRelief telah menggerakkan misi-misi bantuan ke Yaman dengan sumbangan yang diberikan oleh rakyat Malaysia. Alhamdulillah, kita mempunyai rakyat yang sangat pemurah dan baik hati bagi membantu siapa sahaja daripada kesulitan dan kepayahan yang menimpa mereka. 

4.Pada 1-8 Mac 2019, delegasi PASRelief telah menggerakkan Misi Kemanusiaan Yaman, tiga wakil PAS Relief telah berjaya masuk ke Yaman dan menyerahkan 40.5 tan makanan kepada rakyat Yaman yang memerlukan. 

5.Manakala pada 7-15 Mac 2020, PASRelief melancarkan Misi Kemanusiaan Yaman 2.0. Namun, misi ini tidak dapat diteruskan kerana pandemik COVID19, walaubagaimanapun, sebanyak RM 100,000.00 yang dikumpulkan bersama NGO tempatan telah berjaya disalurkan melalui wakil di Yaman. 

6.Bahkan sehingga kini, usaha berterusan daripada PASRelief tetap bergerak dengan menjalankan Bantuan Untuk Yaman, Sumbangan Kecemasan Mangsa Kebuluran di Yaman. Alhamdulillah, beberapa hari lepas PASRelief telah menyampaikan sumbangan berupa keperluan makanan bernilai 50 USD per pek kepada 50 buah keluarga yang memerlukan di Yaman. 

7.PASRelief telah memberikan komitmen dan akan terus menggerakkan agenda kemanusiaan ini ke seluruh dunia terutamanya di Yaman. Semoga dengan usaha ini mampu untuk meringankan bebanan mereka yang sedang diuji. 

8.Sebarang sumbangan untuk Yaman boleh disalurkan melalui akaun Maybank Islamic:

Akaun: Tabung Kemanusiaan Antarabangsa
No Akaun: 5640 7061 1352 (Maybank)
Reference: Yaman

YB Mohd Yusni Mat Piah
Pengarah PASRelief
10 Mac 2021

Facebook:
https://www.facebook.com/1300614830014796/posts/3732135410196047/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo