NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerana Kalimah ALLAH, Tentera Austria Tewas Dalam Keadaan Memalukan!



Adakah benar bahawa te.n-tera Austria secara tidak sengaja bertempur sesama sendiri semasa Perang Austro-Turki hanya kerana mereka m.abuk dan gagal memahami maksud kalimah “Allah”? Mari kita kupas bersama-sama.

Sekiranya anda merasakan anda pernah “melakukan perkara bodoh”, maka ingatlah, ia tidak mungkin lebih bodoh daripada Pertempuran Karansebes, di mana ten-tera Austria berpecah kepada dua kumpulan dan akhirnya tanpa sedar mereka telah bertem-pur sesama sendiri.

Sekurang-kurangnya, itulah yang sepatutnya berlaku walaupun sebenarnya tidak ada banyak bukti jelas yang kemudian menjadikan Pertempuran Karansebes tidak lebih dari sekadar kisah legenda.

Begini ceritanya: pada tahun 1788, Austria di bawah kekuasaan monarki Habsburg telah terlibat dalam kancah pe-ra.ng dengan Empayar Uthmaniyah, mereka bergelut untuk menguasai Sungai Danube.
Peristiwa ini dianggap sebagai salah satu p.ertemp.uran paling memalukan pernah berlaku dalam sejarah

Kira-kira 100,000 tentera Austria telah mendirikan kem berhampiran Karansebes, sebuah desa yang kini terletak di Romania sekarang. Beberapa unit pemantau dihantar ke barisan hadapan untuk memantau sebarang kemungkinan kehadiran ten-tera Turki.

Dalam mereka melakukan rondaan untuk menjejaki kehadiran ten-tera mu-suh, mereka menemui sekumpulan rombongan pedagang gipsi yang memiliki banyak minuman alko-hol untuk dijual, dan mereka membelinya dalam kuantiti yang besar.

Unit pemantau itu kemudian membawa minuman a.lko-hol kembali ke kem dan mula minum, memandangkan itulah satu-satunya perkara terbaik yang boleh dilakukan pada malam sebelum pertem-puran besar, iaitu mabuk.

Daripada satu pesta kecil, mereka seolah-olah menjadikan malam itu seumpama satu perayaan yang besar, kebingitan yang mereka cetuskan ini menarik perhatian beberapa askar biasa yang ingin turut serta bersama mereka.

Namun, unit pemantau ini tidak terbuka untuk berkongsi minuman a-r.ak yang mereka beli, lebih-lebih lagi nak dikongsi bersama askar-askar yang datang dari pelbagai latarbelakang kaum yang berbeza. Dan oleh kerana mereka telah m.ab.uk, mereka tidak berapa bijak dalam menolak kedatangan rakan-rakan sepasukan yang lain.

Pertikaian tercetus, yang meningkatkan suasana tegang. Mereka saling merebut minuman a-ra.k, menyebabkan semakin ramai askar ingin turut serta, dalam suasana kacau bilau itu tum-bukan demi tum-bukan dihayunkan dan terdengar bunyi tem-bak.an.

Di tengah kekacauan, seseorang tiba-tiba berteriak “Turci! Turci!”, orang itu menimbulkan persepsi bahawa ten-tera Turki telah tiba.

Segalanya bermula dengan teriakan “Turci! Turci!” oleh seorang askar Austria yang merasa takut akan kehadiran ten-tera Uthmaniyah

Merasakan diri mereka telah terperangkap tanpa sedar dan tanpa persediaan, kebanyakan ten-tera melarikan diri dari tempat kejadian dengan serta-merta. Manakala yang lain membentuk formasi untuk menye-rang mu-suh .

Tem-bakan demi tem-bakan dilancarkan, pasukan berkuda berkumpul, dan ten-tera yang sedang keliru bertindak membu-nuh sesiapa saja yang mereka temui tanpa mengambil kesempatan menggunakan otak untuk berfikir.

Sesungguhnya, tentera Turki Uthmaniyah tidak pernah muncul pada malam itu. Kerana mereka hanya tiba di Karansebes setelah dua hari kemudian dan menemui ribuan ten-tera Austria yang ma-ti atau cede-ra.

Walaupun mereka sedikit bingung melihat suasana rentetan daripada peristiwa ini, akhirnya ten-tera Uthmaniyah dengan senang hatinya berjaya mena-wan Karansebes tanpa perlu bersusah payah sama sekali.

Mereka yang percaya tentang kejadian pertem-puran itu mendakwa bahawa ten-tera Austria dengan mudahnya juga telah keliru dari segi komunikasi. Pada waktu itu, ten-tera Austria terdiri dari pelbagai etnik yang berbahasa Jerman, Hungary, Poland, dan Czech, selain daripada bahasa-bahasa lain.

Ini mengakibatkan banyak kekeliruan dan kegagalan komunikasi kerana ramai ten-tera dan pegawai tidak dapat memahami pertuturan di antara satu sama lain. Satu versi kisah lain mendakwa bahawa ketika para ten-tera yang m.abu.k sedang melarikan diri, seorang kolonel menjerit “halt!” (‘halt’ bermaksud berhenti dalam bahasa Jerman).

Malangnya, sebilangan tentera yang tidak faham istilah keten-teraan dalam bahasa Jerman itu berpersepsi bahawa kolonel terbabit melaungkan perkataan “Allah!” yang sekaligus mengukuhkan idea bahawa ten-tera Turki sememangnya telah tiba. Ya, istilah “Halt” jika disebut mengikut lidah Jerman sedikit sebanyak memang hampir bunyinya dengan perkataan “Allah”.

Baiklah, jadi pertempuran itu tidak mustahil benar-benar terjadi, tetapi memandangkan tidak ada catatan yang diketahui hingga tahun 1831, kira-kira 40 tahun selepas peristiwa itu, ia dianggap sebagai kisah lagenda.

Namun ia boleh juga dianggap benar memandangkan sumber asal yang diperolehi itu adalah datang dari Majalah Ten-tera Austria sendiri. Sumber-sumber lain termasuk yang bertajuk The History of the 18th Century through the 19th till the overthrow of the French empire, with particular reference to mental cultivation and progress by F.C. Schlosser, yang diterbitkan pada tahun 1843.

Sumber terbaik mengenai pertempuran ini juga berasal dari Jerman iaitu Geschichte Josephs des Zweiten oleh AJ Gross-Hoffinger, walaupun sering dirujuk oleh para pengkaji bahawa ia merujuk pada Pertem-puran Karansebes, ia juga ditulis hampir 60 tahun selepas kejadian.

Walaupun Perte.m-puran Karansebes boleh jadi mungkin benar atau sekadar mitos, pe-rang yang disertai oleh Austria pada waktu itu benar-benar berlaku. Pada masa itu, orang-orang Austria berpihak kepada Rusia yang menentang Empayar Uthmaniyah.

Walaupun dengan kegagalan pihak Austria di Karansebes, pasukan mereka akhirnya memenangi perang tersebut dan berjaya menguasai Danube.

RUJUKAN:

Durschmied, Erik (2000). The Hinge Factor: How Chance and Stupidity Have Changed History. Arcade Publishing

Britannica, T. Editors of Encyclopaedia (2014, April 28). Russo-Turkish w-ar.s. Encyclopedia Britannica.

Sumber: https://www.thepatriots.asia/kerana-kalimah-allah-tentera-austria-tewas-dalam-keadaan-memalukan/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo