Kerajaan Meluluskan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19

Vaksin COVID-19 telah mula diperkenalkan kepada rakyat Malaysia sejak awal bulan ini, dimana pekerja barisan hadapan dan juga ahli politik telahpun mula menerima suntikan-suntikan mereka, sebelum warga emas pada bulan hadapan.

Setakat 21 Mac 2021, seramai 428,710 rakyat Malaysia telah menerima suntikan dos pertama, dan nombor ini dijangka meningkat apabila fasa imunisasi kedua bermula kelak.

Terkini, pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan membayar pampasan kepada rakyat jika ia didapati bahawa mereka menghadapi kesan-kesan sampingan serius ataupun meninggal dunia akibat penerimaan suntikan vaksinasi COVID-19.

Menurut Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia, kerajaan akan membayar pampasan sebanyak RM50,000 kepada mana-mana rakyat Malaysia yang didapati menghidap kesan sampingan serius dan memerlukan jagaan hospital jangka masa panjang akibat suntikan tersebut.

Beliau juga mengatakan bagi mereka yang meninggal dunia akibat suntikan tersebut, keluarga mangsa akan menerima pampasan sebanyak RM500,000 daripada pihak kerajaan. Bayaran ini juga termasuk jika penerima suntikan tersebut mengalami keadaan hilang upaya kekal akibat suntikan tersebut.
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post