NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Hormati kalimah ALLAH untuk orang Islam'

KUALA TERENGGANU - Penganut agama lain perlu menghormati penggunaan kalimah ALLAH oleh orang Islam supaya tidak timbul kekeliruan yang dikhuatiri membawa kepada penghinaan terhadap agama Islam.

Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat (DHPP), Dr Balachandran Gopal Krishnan berkata, penggunaan kalimah ALLAH tidak boleh diguna pakai sewenang-wenangnya dan perlu mempunyai asas kukuh termasuk dalam konteks akademik.

Beliau berkata, tiada sebab bagi golongan bukan Islam menggunakan perkataan ALLAH melainkan untuk proses penterjemahan.

"Penganut agama lain di Malaysia harus akur dan menghormati agama Islam berhubung penggunaan kalimah ALLAH.

"Penggunaan perkataan ALLAH dalam konteks sambil lewa atau bagi tujuan menterjemahkan nama 'God' kepada ALLAH perlu dihindari supaya tidak timbul polemik yang akan memecah belah hubungan antara kaum di negara ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu berhubung kebenaran penggunaan kalimah ALLAH dan tiga lagi perkataan lain iaitu Baitullah, Kaabah dan solat oleh penganut Kristian seluruh negara dalam penerbitan pendidikan agama berkenaan.

Balachandran yang juga Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam kepada Menteri Besar Terengganu berkata, penggunaan perkataan ALLAH secara sewenang-wenangnya bukan tindakan yang berhemah oleh golongan bukan Islam.

"Penggunaan perkataan ALLAH perlu di gunakan dalam konteks tidak mengelirukan masyarakat Islam dan tidak berlaku sebarang bentuk penghinaan supaya tidak timbul salah faham dan polemik dalam kalangan rakyat negara ini," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo