NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hilang sokongan MP, Anwar kini terdesak?


19 MAC : Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zuraida Kamaruddin, menegaskan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam keadaan terdesak kerana semakin ramai wakil rakyat pembangkang hilang sokongan terhadapnya selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Berikutan itu Zuraida berkata, Anwar bertindak menyatakan bahawa ramai pemimpin PKR kini menghadapi tekanan dan diugut oleh kerajaan untuk menyokong Perikatan Nasional (PN).

“Sebenarnya mereka keluar PKR selepas menyedari kelemahan Anwar, yang dipamerkan oleh ahli politik itu sendiri. Dakwaan Anwar itu adalah seorang ‘desperate’, seorang hilang hala tuju kerana tak dapat terima fakta.

“Mereka juga berbuat demikian kerana sudah tidak percayakan dakwaan Anwar sudah mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan daripada PN.

“Keadaan itu menyebabkan mereka mengubah haluan politik dan menyokong kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mampu memberikan perkhidmatan dan menjaga kebajikan lebih baik berbanding di zaman PH menjadi kerajaan dulu,” katanya dalam sidang media di Majlis Perbandaran Sepang.

Terdahulu, Anwar pada Selasa menuduh PN memancing lima Ahli Parlimen PKR untuk keluar dan menyokong kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.

Mereka adalah adalah M Karuppaiya (Padang Serai), S Kesavan (Sungai Siput), Awang Husain (Putatan), Michael Teo Yu Keng (Miri), dan Natrah Ismail (Sekijang).

Dalam pada itu, Zuraida berkata wakil-wakil rakyat pembangkang yang sudah beralih arah menyokong kerajaan PN berdasarkan prestasinya dalam menangani wabak Covid-19 dan pertolongan kepada rakyat dari segi ekonomi termasuk terbaharu menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

http://www.pnbbcportal.com/2021/03/19/anwar-terdesak-kerana-hilang-sokongan-mp-pembangkang-zuraida/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo