NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Undang-Undang Liwat: Nasib Baik DSAI Tak Sempat Jadi PM Dan Dap Dah Tak Jadi Kerajaan


Pengisytiharan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 sebagai tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan ternyata membakar semangat golongan LGBT, para penyokong mereka dan pejuang hak asasi untuk memperjuangkan keadilan bagi golongan ini.

Sebagai contohnya, Pengarah Eksekutif Amnesty International Malaysia, Katrina Jorene Maliamauv, dalam kenyataannya semalam mendesak Kerajaan Persekutuan segera memansuhkan Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang menjenayahkan seks sejenis. Baca di sini: https://www.amnesty.my/2021/02/25/landmark-decision-on-section-28-welcome-and-must-lead-to-repeal-of-other-discriminatory-laws/

Bila membaca kenyataan Amnesty International Malaysia ini, segera saya memanjatkan rasa kesyukuran kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sempat menjadi Perdana Menteri dan kerana DAP sudah tidak lagi menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan.

Ini kerana masih saya ingat lagi betapa:

(1) Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik sebagai menyatakan, dalam wawancara dengan rancangan BBC pada 12 Januari 2012, bahawa sesetengah undang-undang lapuk berkaitan dengan liwat perlu dikaji semula. Baca di sini: https://www.thestar.com.my/news/nation/2012/01/15/archaic-laws-need-to-be-reviewed-says-anwar/

(2) Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik sebagai menyatakan, pada 20 Januari 2012, bahawa peruntukan dalam Seksyen 377B dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan akan dikaji semula bila beliau menjadi Perdana Menteri. Baca di sini: https://www.malaysiakini.com/news/187146

(3) Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik sebagai menyifatkan, dalam wawancara dengan rancangan Upfront Al-Jazeera versi Bahasa Inggeris pada 21 September 2018, bahawa undang-undang berkaitan dengan liwat sebagai kuno, ketinggalan zaman dan tidak adil. Baca di sini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/476481/undang-undang-liwat-lapuk-ketinggalan-zaman-tidak-adil-anwar dan di sini: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/09/21/anwar-anti-sodomy-laws-archaic-completely-unjust/1675013

Dan ini kerana masih saya ingat lagi betapa:
(1) Pada 21 Februari 2018, Charles Santiago, Ahli Parlimen DAP, mengeluarkan kenyataan media yang menyebut bahawa “Kerajaan Malaysia mesti menghapuskan semua peraturan dan undang-undang yang mendiskriminasi terhadap golongan LGBT dengan segera” kerana “undang-undang yang menjadikan homoseksualiti sebagai satu jenayah, seperti di Malaysia, mendatangkan satu ancaman serius kepada hak-hak asasi individu-individu lesbian, gay, biseksual dan transgender”. Baca di sini: https://dapmalaysia.org/Kenyataan-Akhbar/2018/02/21/26562/

(2) Pada 3 September 2019, Charles Santiago, Ahli Parlimen DAP, mengeluarkan kenyataan media yang menyebut bahawa “Kerajaan baru PH, yang diundi atas premis keterbukaan, mesti memansuhkan semua undang-undang yang menjenayahkan hubungan seks sejenis tanpa sebarang penangguhan.” Baca di sini: https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/09/03/klang-mp-to-govt-repeal-all-laws-that-criminalise-homosexuality/

Sukar untuk dibayangkan apa yang boleh berlaku jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan DAP masih lagi menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan.

Sumber: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/4074728705904490

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo