NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Trafik Internet TM meningkat

Telekom Malaysia Bhd (TM) mencatatkan peningkatan sebanyak 15% dalam keseluruhan penggunaan trafik Internet sejak penubuhan perintah kawalan pergerakan kedua (PKP 2.0) bermula 13 Jan,2021 berbanding PKP pertama pada Mac tahun lepas.

 TM berkata penguatkuasaan PKP 2.0 telah membuatkan kebanyakan rakyat Malaysia banyak bergantung kepada kesalinghubungan Internet untuk komunikasi dalam talian untuk kekal berhubung dan produktif semasa bekerja dan belajar di rumah, yang secara semula jadi membawa kepada lonjakan penggunaan data yang tidak dapat dielakkan. 

"Kami mempunyai kapasiti dan kesalinghubungan rangkaian yang pelbagai di seluruh negara dan di seluruh dunia untuk menyokong peningkatan permintaan terhadap jalur lebar Internet, hasil daripada usaha pengoptimuman rangkaian kami yang berterusan. " 

Perkongsian sedia ada kami dengan gergasi teknologi dunia dan rangkaian sosial dalam kandungan Internet hosting tempatan di Malaysia juga telah menghasilkan pengalaman pelanggan yang lebih baik semasa mengakses aplikasi dan kandungan, " katanya kepada Bernama melalui e-mel.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo