NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tolak Jawi: Sejak bila dasar SJKC perlu persetujuan Dong Zong?




BANGI, 21 Jamadilakhir 1442H, Rabu – Sejak bilakah dasar-dasar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) milik kerajaan perlu mendapat persetujuan Dong Zong?

Demikian persoalan yang ditimbulkan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya sebagai menempelak tindakan Dong Zong menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) membatalkan kajian soal selidik berkaitan pembelajaran Jawi dalam buku teks di SJKC.

Terdahulu, Dong Zong dilaporkan mendakwa hasil kajian soal selidik KPM tahun lalu membuktikan pelaksanaan pembelajaran modul Jawi KPM adalah suatu tindakan tidak popular.

Namun, dakwanya kementerian itu enggan menerima kenyataan dan pandangan orang ramai, selain mahu terus membuat kajian soal selidik baharu bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Jawi.

Pertubuhan rasis itu memaklumkan bahawa Dong Zong dan pemimpin setiap negeri sudah pun membincangkan pelaksanaan kajian soal selidik modul pembelajaran Jawi yang diarahkan oleh KPM.

Berdasarkan maklumat yang didakwa diperolehi Dong Zong, sebanyak 1,275 buah SJKC iaitu 98 peratus di seluruh negara menolak modul pembelajaran Jawi.

Membidas tindakan Dong Zong itu, Aminuddin berkata, tidak cukupkah pertubuhan itu mengawal rangkaian sekolah-sekolah swasta Cina yang melaksanakan sistem sendiri dan mengabaikan hala tuju pendidikan kebangsaan.

“Bukankah isu pembelajaran tulisan Jawi ini sudah lama selesai? Bukankah mereka pernah akur bahawa tulisan Jawi ini bukan agenda Islamisasi selepas siri-siri penerangan kerajaan dengan pihak mereka?

“Apakah selama ini mereka berpura-pura sahaja seperti sudah ‘bertaubat’selepas berdepan kemarahan rakyat?,” soalnya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Aminuddin, Dong Zong sebelum ini sering menggunakan hujah kononnya SJKC sudah berbilang kaum, di mana mempunyai murid Melayu dan India bagi menjustifikasi kewujudan sekolah vernakular itu.

“Jika begitu, mengapa tidak boleh SJKC mempelajari Bahasa Melayu yang lebih tinggi standardnya, iaitu berserta tulisan Jawi yang merupakan tulisan bahasa Melayu juga sebagaimana termaktub dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan?,” soalnya lagi.

Atas sebab itu, beliau tetap berpendirian bahawa lebih baik SJKC dijadikan sekolah kebangsaan, kerana tidak perlu untuk menyukarkan kerajaan dengan dua sistem dan silibus yang berbeza.

Malah, pengasingan itu juga disifatkan sebagai satu pembaziran, ‘double standard’ serta menjauhkan anak-anak daripada identiti nasional.

“Jika mahu sisten lain yang kerajaan tidak boleh masuk campur, maka buatlah jadi swasta sahaja. Kenapa mahu dana kementerian, tetapi mahu kementerian hanya jadi tuli sahaja.

“Saya harap agar kerajaan jangan berlengah lagi, apa yang dipersetujui dan diputuskan, laksanakan sahaja kerana ini bukannyaa suatu penzaliman atau penindasan pun.

“Jawi adalah antara tulisan bahasa kebangsaan milik kita semua,” katanya. - IsmaWeb

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo