NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Brain Drain Tidak Semestinya Rugi




Malaysia sering dipetik sebagai negara yang mengalami fenomena brain drain. Malah fenomena ini dikatakan punca utama pertumbuhan ekonomi negara tidak pesat seperti 1990-an.

Hal ini berlaku disebabkan oleh ramai golongan berpendidikan tinggi keluar negara untuk memanfaatkan peluang di Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom, serta Singapura.

Antara 2008 hingga 2009 sahaja, seramai 305,000 rakyat Malaysia keluar negara yang majoritinya bukan Bumiputera.

Jadi agenda Bumiputera dipetik sebagai faktor penyumbang yang mempengaruhi sejuta rakyat untuk bekerja di luar (Bernama, 2011).

Maka inilah realiti dalam sebuah ekonomi – suatu dasar yang menaikkan kelompok terkesan boleh mengeluarkan kumpulan berpeluang.

Sebenarnya tiada apa yang menjaminkan mereka akan kembali, kerana suasana luar negara dan tukaran matawang lebih kuat mempengaruhi.

Hal ini demikian kerana Israel yang tiada pendekatan sosial seperti dasar Bumiputera secara menyeluruh pun bergelut dengan situasi sama, sampai ada perkataan khas untuk golongan mencari rezeki di bumi orang.

Sebenarnya Amerika Syarikat sendiri sedang menghadapi situasi ini. Ramai dalam kalangan anak muda tidak berkahwin dan berpendidikan tinggi pilih untuk keluar daripada Rust Belt dan Great Plains.

Seterusnya bergerak untuk mencari pekerjaan di West Coast dan Southwest. Walaupun tidak keluar negara, mereka masih lagi meninggalkan zon negeri besar yang boleh mempengaruhi pertumbuhan ekonomi.

Negara yang kehilangan graduan ini mengalami brain drain. Manakala negara yang mendapat graduan baru menikmati brain gain.

Walau bagaimanapun kadangkala perkataan “mengalami” serta “menikmati” ini boleh bertukar tempat antara drain dan gain.

Sebagai contoh 100,000 graduan Sarjana Kimia Malaysia berpindah ke United Kingdom. Jadi adalah Malaysia drain, manakala UK pula gain.

Namun lambakan 100,000 ini menjejaskan peluang bagi 100,000 graduan Sarjana Muda tempatan di UK. Kekosongan 100,000 di Malaysia pula boleh diisi orang lain. Jadi tidak semestinya sesuatu brain drain itu negatif (Birrell, 2016).

Bagi zon peperangan seperti Afghanistan, Iraq dan Libya, kesannya sangat menyeluruh. Jika seorang doktor berpindah ke negara lain, ini bermakna mungkin 20 rakyat sehari perlu bergelut untuk berjumpa doktor lain.

Maka situasinya, brain drain mempunyai faktor sangat meluas.

Bagi yang sudah berpindah, sangat sukar untuk mereka kembali oleh kerana komitmen telah dibuat di negara asing. Namun golongan yang memerlukan pekerjaan (atau pekerjaan bergaji setimpal) di dalam negara harus diutamakan dulu.

Sumber: https://theoutlook.asia/brain-drain-tidak-semestinya-rugi/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo